Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Remaja Disalah Sangka Pembuat...

WASHINGTON - Seorang remaja Islam yang sebelum ini ditahan di sekolahnya kerana disalah...

Dipukul Abang OKU Kerana...

Ampang Jaya : Hanya kerana menolak permintaan abangnya yang juga orang kurang upaya...

Sekarang Musim Rasmi Lif,...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menyindir dua wakil rakyat Pakatan Harapan...

PRU-15: 146,737 Anggota ATM...

Kuala Lumpur : Seramai 146,737 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan akan...

Bot Nelayan Indonesia Ceroboh Perairan Negara Ditahan

GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan dari Indonesia selepas didapati menceroboh perairan negara semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kapten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, Kapal Maritim Burau mengesan bot berkenaan pada kedudukan 83.34 kilometer barat daya Pulau Kendi pukul 12 tengah hari.

Jelas beliau, hasil pemeriksaan awal mendapati, bot terbabit tidak mempunyai nombor pendaftaran dan disyaki menangkap ikan di perairan Malaysia.

“Seramai empat kru warga Indonesia termasuk tekong berusia antara 20 hingga 40 tahun berada di atas bot ketika diperiksa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas dokumen kru serta tekong mendapati kesemua mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan pas perjalanan yang sah untuk memasuki perairan nrgara.

Sehubungan itu, jelas beliau, kesemua kru bot itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.


”Bot, kru serta 20 kilogram ikan campur dirampas dan diiring ke jeti Limbungan Batu Maung untuk siasatan lanjut,” katanya.

Dalam operasi berasingan, tambah beliau, pihaknya turut menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C di kedudukan 48.1 kilometer barat Pulau Kendi pada pukul 1.30 tengah hari semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati, empat kru termasuk tekong warga Myanmar berumur antara 36 hingga 56 tahun yang berada di atas bot utu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

”Bot tersebut ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dengan menggunakan kru asing tanpa kebenaran Pengarah Perikanan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit atau pas yang sah,” katanya.

Tambahnya, kesemua kru, bot, dan hasil tangkapan ikan campur dianggarkan 200 kilogram dan bernilai RM600 ditahan serta dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Batu Uban untuk tindakan lanjut.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori