Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kes Syed Saddiq: Gobind,...

Pasukan peguam Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhujah bahawa SPRM tidak dapat menyiasat...

Sembunyi Minyak Masak: Peruncit...

LANGKAWI - Seorang pengusaha kedai runcit menjadi individu pertama di Langkawi dikenakan tindakan...

Ramai Tertarik Sentuhan Magis...

WAJAH cantik puteri tunggal Sultan Ibrahim dan Permaisuri Raja Zarith Sofia membuatkan ramai...

Arab Saudi, UAE Bersama...

KLUANG - Kerajaan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyatakan persetujuan untuk...

Calon PM Thailand Disiasat Langgar Peraturan PRU

BANGKOK: Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand akan menjalankan siasatan ke atas calon Perdana Menteri, Pita Limjaroenrat yang didakwa melanggar peraturan pilihan raya selepas beberapa aduan diterima terhadapnya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Keputusan enam anggota panel pilihan raya untuk melancarkan siasatan dibuat selepas undian sebulat suara kelmarin menyingkirkan tiga aduan yang sebelum ini dikemukakan terhadap Pita, lapor Bangkok Post.

Bagaimanapun seorang wakil pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya tidak dapat mengesahkan laporan siasatan itu.

Aduan yang dibuat terhadap Pita adalah berhubung dakwaan memegang saham dalam sebuah syarikat media, menggesa badan pilihan raya itu mendapatkan keputusan Mahkamah Perlembagaan jika beliau perlu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan calon Perdana Menteri di bawah piagam itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan menyiasat jika Pita memohon bertanding pada Pilihan Raya Umum 14 Mei lalu walaupun mengetahui tidak layak, yang melanggar Seksyen 151 Undang-undang Pilihan Raya Thailand, menurut media tempatan.

Di bawah undang-undang Thailand, calon dilarang memegang saham dalam syarikat media dan jika disabitkan, hukumannya adalah 10 tahun penjara dan larangan berpolitik selama 20 tahun.

Prosedur jenayah biasanya membabitkan banyak langkah dan boleh mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun dan buat sementara itu Pita boleh disahkan sebagai Ahli Parlimen apabila Suruhanjaya Pilihan Raya memperakui keputusan pilihan raya menjelang tarikh akhir 13 Julai.


Siasatan itu menjadi halangan terbaharu bagi gabungan parti prodemokrasi dalam percubaan untuk mengambil alih kuasa selepas menyapu bersih pilihan raya Mei lalu.

Difahamkan, blok Pita sedang mencari sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk memastikan pemilihannya sebagai Perdana Menteri dalam sidang bersama Dewan Rakyat dan Parlimen hingga menjejaskan keyakinan pelabur terhadap saham, bon dan mata wang Thailand.

Petisyen pemilikan saham asal oleh aktivis politik, Ruangkrai Leekitwattana, meminta Pita hilang kelayakan atas dakwaan pemilikan 42,000 saham dalam ITV Pcl yang sekian lama tidak berfungsi.

Pemimpin Parti Move Forward itu menafikan dakwaan minggu ini, menyatakan bahawa firma itu tidak beroperasi dalam media sejak 2007 dan Pita tidak memiliki saham itu tetapi hanya menguruskannya sebagai sebahagian daripada harta pusaka yang ditinggalkan oleh arwah bapanya.

Ahli akademik dan bekas Pesuruhjaya Pilihan Raya, Somchai Srisutthiyakorn, berkata jika Suruhanjaya Pilihan Raya memfailkan aduan jenayah dan walaupun ia masih dalam proses, itu adalah alasan cukup untuk Senator menentang Pita sebagai Perdana Menteri.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori