Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nota Kasih Sayang Untuk...

Semakin berusia diri kita, semakin banyak kita menghargai kedua-dua orang kita. Lebih-lebih lagi...

Agong, Permaisuri Adakan Lawatan...

GEORGETOWN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja...

Polis Pandang Serius Laporan...

JOHOR BAHARU - Polis memandang serius satu laporan yang dibuat orang awam berhubung...

Natasha, Timmy Juarai Kejohanan...

PETALING JAYA - Pemain elit negara, Natasha Roslan dan Timmy Tan muncul juara...

Curi Kenderaan: Polis Tahan 1,225 Suspek, Rampasan Lebih RM20j

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berjaya menyelesaikan 1,658 kes curi kenderaan dengan penahanan 1,225 individu menerusi Op Lejang Khas yang bermula Jan hingga April lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

JSJ Bukit Aman dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya memaklumkan dalam tangkapan berkenaan, polis turut merampas 847 buah kenderaan yang dipercayai dicuri, dianggarkan bernilai RM19.8 juta, dan wang tunai RM502,865.

“Kesemua individu terbabit ditahan dalam 1,049 serbuan yang dilakukan pihak polis di seluruh negara.

“Menurut statistik yang dikeluarkan jabatan ini, sebanyak 6,709 kertas siasatan dibuka bagi kecurian kenderaan dan 639 kertas siasatan berjaya dituduh bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini,” menurut kenyataan itu.


Dalam pada itu, JSJ Bukit Aman turut menasihati orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak mempunyai sistem kamera litar tertutup, selain melakukan ujian keberkesanan ke atas sistem penggera kenderaan.

“Pencuri tidak akan mencuri kenderaan yang dilengkapi dengan sistem tambahan dan orang ramai juga digalakkan untuk tidak menangguhkan laporan polis sekiranya kenderaan mereka dicuri,” menurut kenyataan itu.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori