Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Marion Dihentam Di Instagram...

Kehidupan seorang artis sentiasa diperhatikan peminat hiburan baik dari segi fesyen pakaian, hinggalah...

Sebar MyKAS Lama Dakwa...

KUALA LUMPUR - Maklumat bertajuk “Benarkah pemegang Kad Pengenalan Sementara layak mengundi" seperti...

Pasangan Paling Cun Selamatkan...

SEPASANG kekasih di Shaanxi, China mendapat pujian daripada netizen di internet kerana tindakan...

Cukai Korporat Mungkin Tak...

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak bersedia untuk melaksanakan pengurangan cukai korporat yang berada...

Dua Beradik Ponteng Sekolah, Kerja 12 Jam Sehari Undang Simpati

PETALING JAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) digesa segera membela nasib dua beradik yang didakwa telah dipaksa bekerja 12 jam sehari oleh bapa mereka sehingga tidak dapat ke sekolah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Hussen Zulkarai semalam, dia memuat naik rakaman memaparkan dua beradik tersebut terpaksa berdiri di tengah panas di hadapan bank di dua lokasi yang berbeza untuk memastikan jualan mereka habis terjual.

“Untuk makluman semua budak-budak itu saya lihat seolah-olah telah hilang arah kehidupan bagi masa depan mereka. Sangat lesu, nampak penat, sudah tidak ceria seperti budak-budak lain yang hidup berkawan dan berpendidikan .

“Mereka itu nampak serabut dalam kehidupan sedangkan mereka perlu ada kawan kawan juga untuk bermain dan belajar bersama. Masa remaja dan pembelajaran mereka diusia remaja ditarah oleh bapanya yang mementingkan diri dengan menyuruh mereka berniaga setiap hari 12 jam sehari.

“Bagaimana nak ada kawan jika bapa kawal hingga begini rupa,” dakwa lelaki itu.

Menurut Hussen, salah seorang mereka berniaga di hadapan sebuah bank di Setapak, manakala seorang lagi di Gombak dengan menjual air serta beberapa jenis gajet.


Tambahnya, aduan telah dibuat kepada pihak JKM, namun belum ada sebarang tindakan susulan dijalankan.

Sementara itu, Hussei memberitahu dia juga telah menghubungi pihak sekolah dua beradik tersebut untuk mendapat kepastian.

“Saya dah hubungi sekolah, cikgu mereka cakap memang mereka ini kerap tidak hadir ke sekolah kerana berniaga.

“Saya lihat bapa mereka ini seperti menggunakan anak-anak untuk cari duit. Biar anak tak sekolah, janji anak berniaga boleh bagi duit ke dia (bapa),” dakwa lelaki tersebut.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori