Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kes Import Covid-19 Sumbang...

JANGKAAN Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa Malaysia mencapai puncak jumlah kes positif koronavirus...

Selepas 2 Tahun, Lokasi...

SYDNEY - Selepas dua tahun,pakar yakin lokasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 selama...

Imam Masjid Negeri Selangor...

SHAH ALAM - Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) Shah Alam yang...

Hospital Swasta Caj Melampau...

PETALING JAYA - Penderma darah mendakwa hospital swasta mengenakan caj yang tinggi kepada...

Dua Beranak Maut Myvi Bertembung Treler

ROMPIN – Dua beranak maut selepas kereta jenis Perodua Myvi dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 145 Jalan Kuantan-Johor Bahru di sini awal pagi ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah pemandu kereta, Azirul Azeem Mazri,30, dan anaknya Muhammad Adhwa yang berusia 10 bulan.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azahari Mukhtar berkata, kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Kuantan.

“Apabila sampai di tempat kejadian kereta jenis Perodua Myvi berkenaan dipercayai memotong kenderaan lain dan masuk ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan treler yang datang dari arah Kuantan ke Johor Bahru.

“Akibat kemalangan pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital,”katanya.


Tambahnya, seorang lagi penumpang kereta berkenaan yang merupakan wanita berumur 30 tahun tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan rata dan semasa kejadian cuaca baik dengan permukaan jalan kering.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori