JOHOR BAHRU: Nombor pendaftaran kenderaan ‘FF1’ bagi Putrajaya menjadi milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas baginda berjaya membidanya dengan tawaran tertinggi.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Hari ini, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang mana Loke secara simbolik mempersembahkan nombor pendaftaran ‘FF1’ itu kepada baginda.
Pada 1 Julai 2016, Sultan Ibrahim memenangi bidaan nombor pendaftaran kenderaan ‘F1’ iaitu turutan nombor baharu bagi Putrajaya pada nilai RM836,660.
Baginda secara sah menjadi pemilik nombor pendaftaran ‘VR46’ dengan nilai bidaan yang tinggi iaitu RM55,002.20 pada 8 Februari 2017.
Pada 26 Mei 2012, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyenaraikan pemilik nombor pendaftaran kenderaan yang paling mahal dalam sejarah Malaysia adalah Sultan Johor dengan nilai RM520,000 untuk nombor pendaftaran ‘WWW1’.
BHonline-