Thursday, September 12, 2024

Creating liberating content

Isu 1MDB Bukan Penghalang...

KUALA LUMPUR - Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan faktor penghalang kemasukan pelaburan...

Arab Saudi Benar Ibadah...

RIYADH - Arab Saudi akan membenarkan semula ibadah umrah untuk umat Islam bermula...

Aliff Syukri Berkain Pelekat...

CERIA... Semua maklum kereta Roll Royce milik usahawan kosmetik Terlajak Laris, Datuk Seri...

2 Nelayan Ditahan Bersama...

KEPALA BATAS: Polis menahan dua nelayan bersama hampir 21 kilogram (kg) dadah jenis...

Hard Rock Cafe Ipoh Dibuka Disember

IPOH: Kafe hiburan terkenal, Hard Rock Cafe akan membuka premisnya di bandar raya ini pada Disember ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pembukaan cafe itu meletakkan bandaraya Ipoh dalam senarai lokasi Hard Rock Cafe selepas Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pembukaan kafe ini mampu meningkatkan jumlah pelancong terutamanya pelancong antarabangsa.

Menurutnya, kedudukan geografi Ipoh yang teretak di antara utara dan selatan seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang juga memberi impak kepada kehadiran pengunjung.

“Kita sasarkan Ipoh akan menjadi Bandar Pelancongan Utama Negara pada tahun 2025 dan salah satu strateginya adalah dengan menarik jenama-jenama antarabangsa untuk beroperasi di negeri ini.

“Kita akan gerakkan kawasan ini sebagai kawasan baharu di tengah-tengah Semenanjung, sebagai kawasan pelancongan berasaskan eko-pelancongan dan kesenian. Kita juga dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan daripada UNESCO untuk Ipoh sebagai bandar kreatif di bawah bidang seni dan muzik,” katanya kepada pemberita pada majlis soft-lauch Hard Rock Cafe Ipoh di sini, semalam.


Turut hadir Naib Presiden Hard Rock Cafe International (Asia Pasifik) Malcolm Chao, serta Pengurus Besar Hotel Tiong Nam Group dan Hospitality, Johnny Lau.

Kata Rumaizi, pembukaan Hard Rock Cafe Ipoh diharap akan membantu mempromosikan Bandaraya Ipoh sempena Tahun Melawat Ipoh 2023, Tahun Melawat Perak 2024 dan Tahun Melawat Malaysia 2025.

Rumaizi berkata, terdapat lebih ramai pelancong melawat Ipoh, dengan penerbangan mingguan dari Singapura dan Johor mencecah 45 perjalanan berbanding 14 perjalanan pada 2019.

“Kadar penginapan di hotel juga meningkat apabila Ipoh merekodkan 50,000 pelancong dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Lau berkata, Rock Shop yang menjual barangan Hard Rock akan mula beroperasi pada 16 Jun tetapi kafe akan dibuka pada penghujung tahun.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori