SYDNEY: Harga minyak mentah melonjak selepas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu atau dikenali sebagai OPEC+ bersetuju untuk mengurangkan tahap pengeluaran keseluruhan pakatan itu kepada 40.46 juta tong sehari (bpd) tahun depan selain komitmen pengeluar utama, Arab Saudi untuk berbuat demikian.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Harga minyak mentah Brent naik satu peratus kepada AS$76.89 setong manakala West Texas Intermediate (WTI) naik 1.2 peratus kepada AS$72.61 setong selepas mencecah paras tertinggi sesi pada AS$75.06.
Harga minyak baru-baru ini mengalami tekanan di tengah-tengah kebimbangan yang memuncak mengenai pemulihan ekonomi China yang perlahan.
Komoditi itu meningkat semula selepas Arab Saudi mengumumkan akan mengurangkan pengeluarannya kepada sembilan juta tong sehari pada Julai, daripada sekitar 10 juta tong sehari pada Mei.
Pengumuman itu adalah pengurangan terbesar dalam beberapa tahun, manakala perjanjian OPEC+ untuk mengehadkan bekalan pada 2024 turut menyokong niaga hadapan.
Penganalisis komoditi, perlombongan dan tenaga Commonwealth Bank of Australia, Vivek Dhar, berkata dalam pada Arab Saudi melindungi harga minyak daripada merosot terlalu rendah, beliau berpendapat pasaran minyak kini lebih terdedah kepada kekurangan (bekalan) pada akhir tahun ini.
“Brent akan meningkat kepada AS$85 setong menjelang suku keempat 2023 walaupun dengan mengambil kira pemulihan permintaan yang perlahan di China,” katanya.
Sementara itu, pasaran saham utama Asia semaam meningkat didorong oleh keyakinan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS)
Indeks saham Asia-Pasifik yang paling luas, MSCI selain Jepun meningkat 0.2 peratus, manakala Nikkei melonjak 1.7 peratus untuk berada di atas 32,000 buat kali pertama sejak Julai 1990.
Indeks Hang Seng di Hong Kong turut naik 0.6 peratus manakala saham mewah China berprestasi rendah dengan penurunan sebanyak 0.4 peratus.
Niaga hadapan S&P 500 susut 0.1 peratus dan niaga hadapan Nasdaq turun 0.3 peratus, selepas rali kukuh pada Jumaat.
BHonline-