Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Nafi Cadang Perogol Kahwin...

KUALA LUMPUR - Datuk Shabudin Yahya hari ini menafikan bahawa beliau telah mencadangkan...

Sultan Nazrin Mahu Kestabilan...

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah masih lagi meneliti calon Menteri...

Video: Bukti Rakyat Malaysia...

SEBUAH video viral ini berjaya membuktikan bahawa rakyat Malaysia sekeras-kerasnya menentang dengan isu...

Rayer, DAP Lapor Polis...

GEORGETOWN: Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer hari ini membuat laporan terhadap Menteri Besar...

Ismail Sabri Menghadap Yang di-Pertuan Agong

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Negara, pada jam 11.30 pagi Jumaat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ismail Sabri dalam hantaran Facebook miliknya berkata, beliau menyembah maklum kepada baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai program-program dirancang di bawah Yayasan Keluarga Malaysia (YKM).

YKM bertanggungjawab membantu anak-anak yatim yang kedua ibu bapa mereka meninggal dunia akibat Covid-19 danibu bapa yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya serta bencana yang lain dari aspek kebajikan dan pendidikan.

“Patik menjunjung kasih di atas kesudian Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tuanku untuk mencemar duli berangkat ke program YKM khususnya untuk bersama anak-anak yatim dalam waktu terdekat.


“Patik juga menjunjung kasih atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menerima patik menghadap dan atas keprihatinan Tuanku untuk membantu anak-anak yatim YKM,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar Al-Sultan Abdullah sentiasa dirahmati ALLAH SWT, sihat walafiat dan dipanjangkan umur serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori