Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Malaysia Negara Contoh Perangi...

PUTRAJAYA - Setiausaha Agung Rabitah Al-Alami Al-Islami (Liga Dunia Islam) Dr Muhammad Abdul...

Wan Azizah Ganti Anwar...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan dipengerusikan oleh Presiden...

Ahmad Fuaad Akan Terajui...

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Ahmad...

Model Lelaki Tayang Alat...

MAJLIS peragaan fesyen sudah memasuki ke fasa terbaharu apabila model lelaki pula kini...

‘Itu Tanda Keterbukaan Kerajaan’ – Khaled

KOTA TINGGI : Kehadiran bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyertai perbincangan berkaitan hala tuju ekonomi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, membuktikan keterbukaan kerajaan mendapatkan pandangan pelbagai pihak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Khairy juga dapat menggunakan peluang dan ruang itu menyampaikan pandangan bagi membaiki dan melonjakkan ekonomi Malaysia.

“Ini menunjukkan keterbukaan Perdana Menteri menerima pandangan daripada pelbagai pihak, termasuk Khairy demi kebaikan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan ke FELDA Bukit Easter di sini, hari ini.

Terdahulu hari ini, Anwar memuat naik kenyataan ringkas dan gambar berlatar belakang Kementerian Kewangan, mengadakan perbincangan bersama beberapa ahli ekonomi.

Ia turut dihadiri bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Khairy.t


Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO, menyifatkan dakwaan tiga ‘warlord’ parti itu dari Johor dijangka menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai khabar angin.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu turut mengingatkan semua ahli politik supaya berpendirian dan kekal dengan prinsip perjuangan.

“Politik ini panjang, ada pasang surutnya tetapi kita perlu ada prinsip perjuangan. Semua itu dah ada ketentuan, jadi kita hadapi sahaja kerana ia boleh beri kita pengajaran dan pengalaman serta panduan.

“Takkanlah apabila keadaan tidak memihak kepada kita, kita nak ‘terlompat-lompat’ atau sebagainya,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori