Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelik Timbul Isu Hamba...

KUALA LUMPUR : Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, memaklumkan tidak tahu...

Kes Siti Kassim: Muhyiddin...

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta Ketua...

Harga Petrol, Diesel Kekal

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak...

PRU14: PH Tawan Johor,...

PETALING JAYA - Sejarah telah tercipta dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) apabila...

Jerebu Teruk Rentas Sempadan Diramal Tahun Ini

SINGAPURA: Terdapat risiko tinggi berlakunya jerebu rentas sempadan yang teruk di Indonesia, Malaysia, Singapura dan kawasan sekitarnya tahun ini berikutan cuaca panas dan kering serta ketibaan fenomena El Nino.’

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kumpulan pemikir Institut Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA) dalam laporan Haze Outlook terkini mengeluarkan amaran tahap merah atau berisiko tinggi, ekoran ramalan musim kering yang teruk untuk separuh kedua 2023.

“Setiap ramalan menunjukkan cuaca pada 2023 akan menjadi lebih panas dan kering, dengan kembalinya El Nino,” kata laporan itu.

Laporan itu turut memetik ramalan Pentadbiran Atmosfera dan Kelautan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) bahawa terdapat kemungkinan 84 peratus El Nino akan melepasi julat sederhana dan menjadi lebih kuat.

Laporan itu menyebut kaitan antara kejadian jerebu pada 2015 dan 2019 dengan lonjakan dalam fenomena cuaca yang lebih kering daripada El Nino dan Dwikutub Lautan Hindi.


Pengerusi SIIA, Profesor Madya Simon Tay yang mengarahkan penerbitan laporan itu berkata, jerebu teruk tahun ini menyamai yang dialami Singapura pada 2015 dan 2019, apabila jerebu tebal berlarutan selama beberapa hari.

Laporan itu juga mengambil kira dasar pemerintah bagi mencegah kebakaran dan jerebu, selain menekankan komitmen pegawai dari Indonesia dan Malaysia untuk memperbaiki sistem pengurusan tanah dan sumber bagi mencegah kebakaran serta penebangan hutan.

Tay juga menegaskan, terdapat kerjasama yang lebih positif di kalangan negara selatan Asean, termasuk Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand, apabila menteri serta pegawai kanan tiba di Singapura untuk mesyuarat mengenai pencemaran jerebu rentas sempadan pada 8 Jun lalu.

“Pada masa lalu, apabila terdapat situasi kecemasan seperti itu, kita melihat isyarat yang sangat bercanggah. Apabila kebakaran pertama bermula kali ini, kami berharap dialog, perkongsian maklumat dan kerjasama ini akan diteruskan,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori