Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Logo Pelancongan RM15 Ribu...

BARU-BARU ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dihujani kritikan orang ramai dek kerana logo...

Orang Asli Batek Disahkan...

PUTRAJAYA - Sebanyak 37 daripada 112 pesakit Orang Asli Suku Batek di Kampung...

Tunggu Mahathir Umumkan Pakatan...

PETALING JAYA - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan bahawa...

600,000 Pesakit Katarak Perlu...

KOTA BHARU - Kira-kira 600,000 pesakit katarak di negara ini memerlukan pembedahan pada...

Jokowi Makan Di Warung Kaki Lima

JOGJAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) makan di warung kaki lima yang menjadi legenda di Jogjakarta milik Pak Pele ketika bercuti bersama keluarganya semalam, lapor portal berita dream.co.id.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau makan di gerai tersebut yang terkenal dengan masakan nasi goreng, mi daging goreng dan mi daging rebus bersama anak bongsu, Kaesang Pangarep dan menantunya, Erina Gudono.

Warung itu merupakan tempat makan pilihan utama mereka ketika masih bercinta.

Erina turut menulis di media sosial: “Ajak Bapak (Jokowi) ke mie (mi) favoritku (kegemarannya) jaman (zaman) pacaran (bercinta) sama (dengan) mas (abang) Kaesang,” tulisnya sambil menyertakan bersama lokasi Bakmi Djawa Pak Pele.

Dia juga menunjukkan menu yang dipesan iaitu dua pinggan mi rebus dan nasi goreng.


Pak Pele yang terkejut dengan kunjungan Jokowi ke warungnya berkata: “Baru kali ini beliau hadir, saya sangat terkejut tetapi gembira.”

Orang ramai juga dapat melihat Jokowi dari dekat dengan salah seorangnya Sri Yuliati berkata: “Sangat gembira dapat bertemu Jokowi.”

Selepas selesai menikmati makanan, sejumlah orang mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Jokowi.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori