Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tulang Rusuk Patah, Pankreas...

KANAK-KANAK lelaki meninggal dunia akibat kecederaan dalaman termasuk patah tulang rusuk kanan dan...

Kastam KLIA Rampas 6...

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...

Tentera Mesir Bunuh Berpuluh-Puluh...

ISMAILIA – Tentera Mesir membunuh berpuluh-puluh militan dalam satu operasi di Semenanjung Sinai,...

Daesh: Peniaga Dipenjara Berjumlah...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga dihukum penjara berjumlah 23 tahun oleh Mahkamah Tinggi...

Kastam LTAKL Tumpas Tiga Cubaan Seludup Dadah Seberat 14.6KG

PUTRAJAYA : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LTAKL) menumpaskan tiga cubaan menyeludup masuk dan keluar tiga jenis dadah seberat 14.6 kilogram (kg) bernilai RM1.04 juta sepanjang hampir dua bulan lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Operasi Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah, Wong Pun Sian berkata ketiga-tiga kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati.

Katanya, kes pertama pada 11 April lalu membabitkan penemuan sembilan plastik lutsinar mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis ketamine seberat kira-kira 8.894 kg di

premis Hub Pos Antarabangsa Malaysia (PMIH) Kargo KLIA dengan anggaran nilai pasaran RM533,640.

“Sepasukan anggota menyita satu bungkusan antarabangsa dari Pakistan yang mengandungi dadah di PMIH Kargo KLIA kira-kira jam 11.30 pagi. Siasatan awal mendapati bungkusan itu dikirim ke alamat palsu bagi mengelirukan dan mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan suspek. Modus operandi mereka adalah dengan menyembunyikan dadah di dalam paket aluminium bagi mengaburi imej pada mesin pengimbas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pun Sian berkata dalam kes kedua pada jam 12.30 tengahari 28 April lalu, JKDM Zon Tengah, LTAKL mematahkan cubaan menyeludup keluar dadah jenis heroin melalui pemeriksaan ke atas bungkusan di premis PMIH Kargo KLIA.

Katanya, pihaknya menjumpai sembilan paket pembungkus aluminium mengandungi dadah jenis heroin seberat kira-kira 4.63 kg dianggarkan bernilai RM435,220 yang diletakkan di dalam tin minuman.


“Dagangan dari Johor itu diikrarkan sebagai Avocado Multigrain untuk dieksport ke Australia.

Modus operandi sindiket adalah menggunakan maklumat pengeksport palsu bagi mengaburi pihak berkuasa. Bagaimanapun, usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan suspek,” katanya.

Bagi kes terbaharu kira-kira jam 1 pagi pada 14 Mei lalu, Pun Sian berkata pihaknya berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar dadah jenis methamphetamine melalui kargo udara menerusi usaha sepasukan anggota bahagian penguatkuasaan.

Katanya, sebuah bungkusan yang beralamat di Johor disita di hub syarikat penghantaran ekspres di kargo.

“Hasil pemeriksaan kemudian menjumpai sebanyak 13 bungkusan kecil dibalut plastik mengandungi bahan kristal jernih disyaki dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat kira-kira 1.07kg dianggarkan bernilai RM35,178 yang disorokkan di dalam gam silikon.

“Siasatan awal mendapati bungkusan itu akan dieksport ke Australia. Modus operandi sindiket adalah dengan menyembunyikan dadah di dalam gam silikon yang kemudiannya dimasukkan ke dalam kotak kasut bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya.

Pun Sian berkata sepanjang tempoh Januari hingga April tahun ini, JKDM Zon Tengah LTAKL berjaya menumpaskan 37 kes cubaan menyeludup pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM4.9 juta melalui perkhidmatan kurier dan kargo udara.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori