Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

4 Anggota Kumpulan Ajaran...

BANGI - Empat anggota kumpulan ajaran sesat Hizbut Tahrir Malaysia didakwa di Mahkamah...

Ular Gergasi Cuba Baham...

SEEKOR ular sawa yang menyerang seorang lelaki sehingga lengannya hampir terputus, akhirnya tumpas...

Kelantan Bentang Enakmen Hudud...

Biarpun baru sahaja semalam pemimpin Pakatan Rakyat (PR) membuat keputusan akan mengadakan mesyuarat...

Tak Sah Solat Tarawih...

PUTRAJAYA - Solat tarawih tidak dibenarkan dilakukan secara dalam talian ketika pelaksanaan Perintah...

‘Kau Berlagak Macam Apa, Pangkat Dahlah Rendah…’

KUALA LUMPUR : Polis membuka kertas siasatan berhubung satu video tular seorang wanita menghina dua pegawai polis di khalayak umum.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Klip video berkenaan mula tersebar beberapa hari lalu yang menimbulkan rasa tidak senang orang ramai termasuk netizen kerana penghinaan wanita berkenaan terhadap seorang anggota polis berpangkal Lans Koperal.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi BH, hari ini berkata satu siasatan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan) ekoran satu laporan polis yang dibuat seorang awam berkait video berkenaan.

“Menerusi laporan polis yang dibuat oleh anggota polis yang terbabit dalam kes ini, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya.

Beliau berkata polis akan mengeluarkan satu kenyataan media berkait kes itu dalam masa terdekat.

Dalam video berdurasi 25 saat itu, seorang wanita dilihat mencerca dan menghina anggota polis terbabit, tetapi polis belum pasti apakah punca dan siapakah wanita berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah medan selera di Taman Seri Gombak, namun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kejadian.

Sepanjang rakaman video itu, wanita terbabit merendah-rendahkan pangkat anggota polis terbabit dan anggota polis itu tidak layak membuat teguran terhadapnya kerana dia berpangkat lebih tinggi.

Bersama rakaman video yang tular itu, terdapat keterangan yang mendakwa wanita terbabit seorang pegawai polis, manakala dua anggota polis itu berpangkat bawahan dengan salah seorang daripada mereka berpangkat lans koperal.


Tidak dapat dipastikan punca wanita itu memarahi kedua-dua anggota polis terbabit dengan kata-kata berbaur penghinaan, namun netizen melihat tindakannya sebagai tidak wajar.

Sepanjang rakaman video itu, wanita didengar merendah-rendahkan pangkat dua anggota polis terbabit, memperlekehkan mereka yang disifatkannya tidak layak membuat teguran terhadapnya kerana dia berpangkat lebih tinggi.

“Kau lans koperal, kau tak layaklah. Kau pangkat lagi kecik daripada akulah. Cara cakap macam OCPD (Ketua Polis Daerah), kau tak layaklah. Kau jadi pegawai dululah lans koperal!

“Kau berlagak macam apa, pangkat dahlah rendah,” kata wanita terbabit dengan nada tinggi di hadapan orang awam yang berada di lokasi, selain turut membuat rakaman video menggunakan telefon bimbitnya.

Seorang pengguna Facebook, Boss Emi dalam ruangan komen berkata wanita terbabit tidak layak menjadi seorang pegawai polis kerana tindakannya memalukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengguna Twitter Dr. Armada menerusi ciapan balas dalam satu posting video kejadian itu pula berpendapat kelakuan pegawai polis wanita itu adalah satu bentuk salah guna kuasa.

Beliau mahu tindakan tegas diambil.

-Berita Harian

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori