Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sindiket Penipuan Tawar Penjualan...

Kuala Lumpur : Menawarkan baucar di aplikasi dalam talian yang boleh digunakan bagi...

Kibar Bendera China: Polis...

IPOH - Pihak penganjur perarakan sambutan Guan Gong Sedunia di Menara Condong Teluk...

Pekerja Hotel Didakwa Pecah...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja pengurusan majlis sebuah hotel mengaku tidak bersalah di...

Piala Malaysia: JDT Puji...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) memuji layanan penyokong Sarawak terutama...

Kerjasama Tun M, Muhyiddin Didakwa Boleh Imbangi Kestabilan Politik Negara – PN Johor

JOHOR BAHRU : Perikatan Nasional (PN) Johor yakin kerjasama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad dapat mengimbangi kestabilan politik negara yang kini didakwa digugat ideologi mempolitikkan isu perkauman, dasar dan kepentingan Melayu serta agama Islam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Naib Pengerusinya, Mohd Solihan Badri, berkata kerjasama itu seiring hasrat kedua-dua pemimpin untuk menyatukan usaha dan matlamat memperjuangkan bangsa Melayu serta mempertahankan agama Islam di negara ini.

“Apatah lagi, hala tuju yang digariskan bersama khususnya membabitkan inisiatif meningkatkan tahap sosioekonomi serta politik bangsa Melayu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini ambil menambah, PN Johor yakin masih ada ramai penyokong Dr Mahathir di negeri ini.

Beliau yakin kerjasama semula di antara Pengerusi PN merangkap Presiden BERSATU itu dengan Dr Mahathir akan memperkukuhkan lagi wadah perjuangan serta melebarkan payung untuk bangsa Melayu bernaung dengan lebih makmur.

“Bukan sahaja keperluan mengangkat isu kepentingan Melayu, malah menyelesaikan permasalahan rakyat membabitkan peningkatan kos sara hidup, bekalan makanan dan harga barangan serta pelbagai lagi isu sosio ekonomi.


“Kerjasama dua pemimpin itu dapat memperkukuhkan lagi perpaduan yang jadi asas kelangsungan orang Melayu dan mengembalikan kunci kestabilan politik, kesejahteraan rakyat serta ekonomi negara tanpa niat memberi ancaman kepada mana-mana pihak dan kaum lain,” katanya lagi.

Kelmarin, Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, beliau sedia bekerjasama dengan Dr Mahathir yang juga bekas Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) demi matlamat memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam.

Ahli Parlimen Pagoh itu menegaskan, kesediaan menerima pelawaan Dr Mahathir itu juga didorong dengan perkembangan politik mutakhir ini yang didakwanya meletakkan umat Melayu dan Islam di negara ini di suatu persimpangan getir.

Terdahulu, media melaporkan Dr Mahathir mengakui beliau bersedia bekerjasama dengan Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama untuk memperjuangkan nasib orang Melayu selain menolak individu terpalit dengan isu rasuah atau salah laku jenayah.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori