Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lim Kit Siang Dakwa...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menganggap dirinya sebagai patriot Malaysia...

Surat Berkaitan Projek Ternak...

Di Selangor, difahamkan ada cadangan untuk menjadikan kawasan Ladang Tumbok dalam Mukim Baru...

Najib Kongsi Rahsia Atasi...

KUALA LUMPUR - Memberi fokus berterusan terhadap pertumbuhan sambil memastikan setiap rakyat mendapat...

3 Pelajar Sekolah Antara...

BATU GAJAH - Polis menahan 14 lelaki termasuk tiga pelajar sekolah dan merampas...

Kes Bunuh Diri Setiap 20 Minit di AS

NEW YORK: Kaji selidik mendedahkan Amerika Syarikat (AS) mempunyai kadar bunuh diri yang paling teruk berbanding negara Barat lain.

Ikuti Mynewshub: Telegram

AS dilaporkan merekodkan kes bunuh diri setiap 20 minit atau nisbah 14.5 setiap 100,000 orang, menjadikan negara itu berada di kedudukan ke-31 terburuk di dunia dan jauh lebih tinggi daripada negara maju lain seperti Perancis, Sepanyol dan Sweden.

Tahap keganasan senjata api dan penyakit mental yang tinggi dipercayai menjadi punca utama peningkatan kes berkenaan di AS.

Pada tahun 2021, senjata api turut dilaporkan menyumbang 55 peratus daripada semua kematian bunuh diri di negara itu.

Kajian Universiti Boston pada 2019 mendapati bahawa setiap kenaikan 10 peratus kadar pemilikan senjata api di beberapa negeri turut meningkatkan kadar bunuh diri bagi remaja kepada hampir 27 peratus.

Pakar kesihatan berkata, kesan ekonomi dan psikologi yang meluas akibat pandemik Covid-19 menjejaskan kesihatan mental rakyat AS.


Kesunyian baru-baru ini turut diisytiharkan sebagai wabak di AS, malah pakar bedah am memberi amaran bahawa masalah itu sudah hampir sama berbahaya dengan menghisap 15 batang rokok sehari.

Menurut angka kes bunuh diri yang disusun oleh Our World in Data menggunakan maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekutu AS, United Kingdom (UK) menduduki tempat ke-116 daripada 183 negara.

Negara benua Afrika yang miskin, Lesotho mendahului senarai tersebut dengan kadar bunuh diri sebanyak 87.5 bagi setiap 100,000 orang diikuti Guyana di Amerika Selatan yang mempunyai nisbah 40.9, sekali gus mencabar persepsi bahawa kes berkenaan hanya berlaku di negara kaya.

Menurut WHO, lebih 700,000 orang di seluruh dunia mati akibat membunuh diri setiap tahun dan merupakan punca kematian keempat dalam kalangan orang berumur 15 hingga 29 tahun.

Kaedah bunuh diri yang paling biasa termasuk menelan racun perosak, menggantung diri, dan penggunaan senjata api.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori