Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Perompak Tertinggal Telefon Papar...

Kelakar pula mendengar kisah perompak yang amat malang dan sadis ini kerana tindakannya meletakkan...

Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia...

PUTRAJAYA : Kerajaan berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia sebagai langkah memperkukuh keselamatan...

Adik Mangsa Tak Sangka...

KUALA TERENGGANU - "Saya tidak sangka bakal suami saya yang selama ini berperwatakan...

5 Lagi Individu Positif...

PUTRAJAYA - Lima lagi individu dilaporkan positif COVID-19, yang juga kontak rapat kepada...

Kes Rogol Di Genting Highlands, Polis Tahan Pelancong Asing

BENTONG : Polis menahan seorang pelancong asing bagi membantu siasatan kes rogol di sebuah hotel di Genting Highlands, di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ia susulan laporan diterima daripada gadis berusia 20 tahun bekerja di pusat peranginan itu yang mendakwa diperkosa suspek dalam kejadian jam 5.20 pagi Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 9 pagi hari sama.

“Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa dipanggil seorang lelaki tidak dikenali untuk bertanya mengenai kemudahan yang disediakan pihak hotel. Suspek kemudian mengajak mangsa untuk tidur bersama, namun mangsa menolak pelawaan itu.

“Suspek bertindak menarik tangan mangsa secara paksa dan membawanya masuk ke dalam bilik lalu merogolnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Zaiham berkata, siasatan mendapati suspek adalah warga asing berusia 41 tahun yang datang ke Malaysia untuk tujuan melancong.

Katanya, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menahan suspek berhampiran hotel terbabit, jam 1 tengah hari kejadian.

“Suspek direman tujuh hari bermula 13 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori