Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Calon Vaksin Covid-19 Lain...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mempertimbangkan calon vaksin lain yang berada di fasa...

Mayat Lelaki Ditemui Terapung...

JOHOR BAHRU – Mayat lelaki tanpa dokumen pengenalan diri ditemui terapung di perairan...

8,075 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Angka kes baharu Covid-19 terus mencatatkan penurunan iaitu 8,075 kes...

Pelajar Terkejut Guru Matematik...

PELAJAR-pelajar di sebuah sekolah menengah di timur Sussex, England terkejut apabila mendapat tahu...

Kit Siang Terima Gelaran Tan Sri Esok?

KUALA LUMPUR : Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dijangka menerima gelaran Tan Sri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke-64 esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Difahamkan, Kit Siang, 82, yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di tujuh kawasan sejak 1969 hingga 2022, adalah pemimpin DAP pertama yang dianugerahkan dengan gelaran berkenaan.

Gelaran itu ialah darjah kebesaran persekutuan kedua tertinggi, selepas Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara, Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran Tun.

Foto Kit Siang yang menghadiri raptai majlis penganugerahan darjah kebesaran itu dikongsi bekas Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun di Facebook, hari ini.

Berdasarkan muatnaik itu, Jeff Ooi memaklumkan bahawa Kit Siang melakukan raptai dengan menggelarkan bekas Pengerusi DAP itu sebagai Tan Sri.


“Keluarga veteran Lim. Tan Sri Lim Kit Siang (Raptai). Tun Lim Chong Eu. Tun Ling Liong Sik. Tun Lim Keng Yaik.

“Penganugerahan adalah pada hari Isnin, 5 Jun. Masih ada masa untuk membeli songkok.

“Songkok semasa raptai kelihatan tidak begitu muat dengan kepala beliau. Ia kelihatan seperti songkok budak, yang dipakaikan di kepala ayah,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori