Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Kesempitan Hidup, Air Rebusan...

RAUB - Hidupnya serba kekurangan namun itu tidak pernah dijadikan alasan untuk mengabaikan...

Polis Tahan Anggota Sindiket...

KUALA LUMPUR - Polis menahan dalang dan enam anggota sindiket dalam operasi di...

Peserta Anti Salib Taman...

Dalam satu kenyataan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, peserta yang menyertai demontrasi anti...

Masalah Pelarian: Usaha Pencegahan...

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah usaha pencegahan perlu diberi perhatian...

Korea Selatan Terus Operasi Dapatkan Serpihan Roket Pengintip Korea Utara

SEOUL: Tentera Korea Selatan meneruskan operasinya esok untuk mengesan dan mendapatkan serpihan roket Korea Utara yang terhempas di Laut Kuning awal minggu ini, lapor agensi berita Yonhap.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Melalui mesej teks dihantar kepada pemberita kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan, pihak tentera berkata ia akan menangguhkan operasi berikutan arus deras dan disambung semula Ahad.

“Bergantung kepada kemajuan operasi, kami boleh mendapatkan serpihan roket seawal esok,” katanya.

Korea Utara melancarkan roket pembawa satelit Rabu lalu, namun terhempas ke dalam laut berikutan enjin peringkat kedua tidak beroperasi secara normal, lapor media Korea Utara.

Pasukan penyelam memasang tali pada serpihan roket sepanjang 15 meter, yang tenggelam pada kedalaman 75 meter dari dasar laut.


Chollima-1, dianggarkan sepanjang antara 29 hingga 30 meter dan tiga kapal penyelamat telah dikerah untuk melaksanakan operasi itu.

Serpihan dikesan tentera Korea Selatan pada Rabu dipercayai serpihan roket peringkat kedua dan ketiga pelancar.

Pegawai berkata terdapat kemungkinan untuk menemui satelit peninjau tentera, Malligyong-1, yang dipasang pada roket itu.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori