Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kenaikan Gaji Untuk Kakitangan...

PUTRAJAYA - Kakitangan awam akan menerima gaji permulaan minima sebanyak RM1,200, melebihi paras...

Saksi Hilang Sabar Disoal...

KUALA LUMPUR – Saksi keempat, pegawai Bank Negara Malaysia (BNM), Ahmad Farhan Sharifuddin...

Buka Mata Selepas Dermakan...

GEORGE TOWN - Seorang pemandu teksi, A. Tiruna, menyedari nilai sebenar menyelamatkan nyawa...

Suami Dipenjara Empat Bulan...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret...

Kucing Dari Russia Sudah Boleh Masuk Semula Ke Malaysia

PUTRAJAYA: Setelah lebih 14 bulan dikenakan sekatan antarabangsa, jutaan ekor kucing baka domestik dari Russia kini bebas memasuki mana-mana negara termasuk Malaysia susulan keputusan Perhimpunan Agung Persekutuan Felin Antarabangsa (Fife) akhir bulan lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden Kelab Kucing Malaysia, Khalid Rashid berkata, permohonan untuk pendaftaran kucing dari Russia tetap melalui prosedur operasi standard yang sama seperti negara lain bagi mengelak isu penipuan.

“Ini kerana, katanya, banyak kes ‘cattery’ atau rumah pembiakan kucing dari Ukraine diragui status kesahihan akibat dikacuk tanpa dipantau pakar felin bertauliah dan merosakkan genetik,” katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.

Fife mengumumkan semua kucing yang berasal dari negara terbesar di dunia itu dihalang ke mana-mana negara pada 1 Mac 2022 susulan pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Usaha itu sebagai tanda bantahan terhadap Russia dan solidariti ke atas Ukraine namun sekatan menyebabkan ramai kecewa kerana kucing tidak berdosa menjadi mangsa politik.

Kucing asli dari Russia dikenali sebagai Russian Blue Cat amat digemari peminat mamalia comel ini dari seluruh dunia kerana sifat bulunya yang cantik dan turut disebut Archangel.


Baka yang direkodkan sejak 1860-an ini mampu hidup lama sehingga usia 25 tahun dengan berat hampir tujuh kilogram selain dianggap pintar dan kurang bermasalah kesihatan.

Menurut kajian Persekutuan Industri Makanan Haiwan Peliharaan Eropah (Fediaf), terdapat lebih 23 juta ekor kucing domestik direkodkan di seluruh Russia sepanjang tahun lalu.

Dianggarkan 60 peratus isi rumah di negara itu memelihara sekurang-kurangnya seekor kucing dalam kediaman dan angka tersebut lebih besar daripada pemeliharaan anjing.

Data Fediaf itu menyaksikan Rusia di posisi ketiga paling banyak kucing di dunia selepas Amerika Syarikat dengan lebih 80 juta ekor dan China yang memiliki hampir 60 juta ekor.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori