Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Donnarumma Pecah Rekod Penjaga...

PEMAIN bola sepak Itali, Gianluigi Donnarumma telah memecahkan rekod sebagai penjaga gol termuda...

Lelaki Jaja Kisah Keluarga...

KOTA TINGGI - Penyelia kontrak di Kompleks Bersepadu Pengerang dijatuhi hukuman penjara tiga...

Guru Tolak Vaksin, Tindakan...

KUCHING - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi tempoh sehingga 1 November untuk mengambil...

PAS Mahu Teruskan Hubungan...

KUALA LUMPUR - PAS komited untuk terus memantapkan hubungan dan kerjasama tiga serangkai...

Lelaki Berebut Bawa Anak Ke Klinik Didenda RM1,000

MELAKA – Seorang duda didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan bekas isterinya kerana ingin membawa anak mereka ke sebuah klinik di Taman Cempaka, tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Syazwan Izzuddin Samsudin, 30, yang membuat pengakuan tersebut bagi pertuduhan pilihan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Norfarhana Azlin Azman, 24, yang ketika itu merupakan isterinya dengan cara memukul mangsa menggunakan tangan di bahagian kiri muka, lengan, leher dan badan.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 10 malam di kaki lima hadapan pintu masuk Klinik Famili Taman Cempaka dalam daerah Melaka Tengah pada 14 Ogos 2022.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, kejadian berpunca daripada salah faham antara tertuduh dengan mangsa kerana berebutkan anak mereka yang ketika itu berusia tujuh bulan.


Difahamkan bayi tersebut tidak sihat dan tertuduh ingin membawanya ke klinik, namun dihalang oleh mangsa.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri memohon agar hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat.

Peguam Haslinda Abu Bakar bagaimanapun memohon hukuman ringan diberikan dengan alasan ia merupakan kesalahan pertama tertuduh, selain perlu menanggung anak dan ibunya dengan hasil pendapatan bekerja di sebuah kilang elektronik.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000 atau penjara tiga bulan jika gagal bayar. Tertuduh bagaimanapun membayar denda tersebut.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori