Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Stor Rumah Anak Yatim...

KUALA LUMPUR : Stor barang di Rumah Anak Yatim Mary di Taman Air...

Jab. Kesihatan Labuan Tingkatkan...

LABUAN - Jabatan Kesihatan Labuan sedang mempehebatkan program untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit...

Gabenor Jakarta Larang Pelajar...

JAKARTA - Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama, lebih dikenali sebagai Ahok, mengutuk sekolah...

Harga Minyak Naik Tapi...

KUALA LUMPUR - Nilai mata wang ringgit terus menurun meskipun harga minyak dunia...

Lelaki Hidup Enam Hari Di Dalam Hutan Akibat Tekanan Diselamatkan Bomba

IPOH: Seorang lelaki yang memasuki kawasan hutan selama enam hari akibat tekanan kerja diselamatkan bomba setelah mangsa menghubungi talian kecemasan awal pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihak bomba menerima panggilan pada jam 11.44 malam tadi dan bergegas ke lokasi yang dimaklumkan mangsa.

Katanya, Mohamad Suhairy Mohamed, 41, menaiki bas dari Kuala Lumpur pada 3 Jun lalu menuju ke Terminal Amanjaya disebabkan tekanan di tempat kerja dan mengambil keputusan untuk hidup di dalam hutan.

Bagaimanapun, katanya akibat lapar dan tersesat, mangsa mengambil keputusan menghubungi talian kecemasan 999 melalui telefon bimbitnya.


“Mangsa memakai baju berwarna oren, berseluar jeans biru dapat dihubungi melalui telefon tetapi tiada rangkaian Internet.

“Mangsa memasuki hutan melalui PPU TNB berhampiran Jabatan Audit Negara, dan ketika sampai di lokasi kejadian, komander operasi telah menghubungi mangsa dan mangsa memaklumkan dia mendengar kehadiran jentera bomba dari dalam hutan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, komander operasi kemudian mengarahkan anggota bertugas membuat pencarian awal di kawasan hutan dan mangsa dijumpai pada pukul 2.46 pagi pada jarak 3.2 kilometer, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, katanya.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori