Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jenayah Kebencian, Gadis Muslim...

SEORANG remaja Islam warga Amerika Syarikat menjadi mangsa kekejaman jenayah kebencian terbaharu di...

DUPS Cabar DAP Pecat...

KUALA LUMPUR - Dewan Ulamak PAS Selangor (DUPS) mencabar DAP Pulau Pinang memecat...

Seorang Maut Kenderaan 4WD...

KOTA KINABALU - Seorang maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan jenis pacuan...

Lewis Hamilton Buru Kejuaraan...

PELUMBA Mercedes AMG Petronas F1, Lewis Hamilton yakin mampu mengungguli baki lima pelumbaan...

Mahkamah Majistret Tolak Permohonan Reman Terhadap Ustaz Husam

Kangar : Mahkamah Majistret Kangar hari ini, menolak permohonan reman daripada polis terhadap pendakwah bebas terkenal, Ahmad Husam Ahmad Baderudin bagi membantu siasatan kes tipu dengan menyamar menggunakan gelaran Datuk yang tidak diiktiraf.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Permohonan perintah reman terhadap ustaz berusia 33 tahun dan berasal dari Kodiang, Kedah itu ditolak oleh Majistret Siti Hasliza Md Ali selepas mengambil maklum alasan yang dikemukakan oleh peguam yang mewakilinya.

Ahmad Husam diwakili peguam Nur Iman Nor Azmi, Siti Hajar Ahmad dan Zuhair Ahmad Zakuan dan Nurul Hanani Che Nor.

Menurut Nur Iman yang mengetuai barisan peguam berkata, pihaknya membantah permohonan reman daripada polis kerana tiada keperluan bagi menahan anak guam mereka untuk satu tempoh yang lama.

“Ustaz Ahmad Husam sudah bebas dengan jaminan polis namun kami sudah beri aku janji untuk beri kerjasama kepada polis sekiranya dipanggil selepas ini.

“Untuk ke hadapan, kita akan berbincang dengan pihak anak guam kami untuk tindakan selanjutnya,” katanya di ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Kangar, di sini hari ini.

Terdahulu, suspek tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 9.30 pagi diiringi anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan suspek dibebaskan dengan jaminan polis.


Beliau berkata, suspek ditahan semalam selepas dipanggil untuk memberikan keterangan di Balai Polis Kangar sekitar jam 1 tengah hari berhubung kes berkenaan.

“Suspek ditahan berhubung satu laporan polis yang dibuat pada pada 2 Mei lalu apabila seorang pelanggan sebuah kedai makan di Jalan Kaki Bukit, Kangar terbaca satu hantaran yang dimuat naik oleh suspek.

“Hantaran berkenaan dimuat naik sekitar jam 10 malam pada hari sebelumnya oleh suspek pada Facebooknya serta mempunyai seramai 306,000 pengikut.

“Berdasarkan pada hantaran berkenaan, suspek menggunakan gelaran dan anugerah ‘Datuk’ pada profil akaun Facebook dan pada paparan poster tertera nama beliau yang menggunakan gelaran berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, sehubungan itu tiga kertas siasatan dibuka polis bagi menyiasat laporan berkenaan.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.

“Selain itu, kita turut membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 3(2) Akta Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 2017,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori