Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tangkap Individu Bangkit Isu...

KUALA  LUMPUR - Tiada lagi amaran dikeluarkan terhadap pihak-pihak yang cuba membangkitkan sensitiviti...

Downy Malaysia Perjelas Dakwaan...

JENAMA pelembut pakaian, Downy Malaysia menafikan dakwaan bahawa produknya mengandungi unsur babi seperti...

Universiti Diminta Rangka Pendekatan...

TANJUNG MALIM - Universiti di negara ini wajib memberi perhatian, merangka pendekatan dan...

PRU14: NGO Main Peranan...

BAGAN DATUK - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata pemimpin pertubuhan bukan...

Mahkamah Perancis Putuskan ‘Partial Award’ Kepada Kumpulan Mendakwa Waris Sulu Esok

PETALING JAYA : Mahkamah Perancis akan memutuskan esok sama ada sebahagian penganugerahan dituntut oleh kumpulan Sulu terhadap Malaysia bakal dikuatkuasakan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sekretariat Khas Tuntutan Sulu dalam kenyataan berkata, Malaysia akan terus mengambil segala langkah aktif bagi mengukuhkan lagi imuniti kedaulatannya.

Kata kenyataan itu, soal tersebut termasuk melibatkan semua pihak berkepentingan dalam usahanya memastikan timbang tara dihormati di peringkat antarabangsa berhubung tuntutan kumpulan yang mendakwa waris kepada Sultan Sulu.

Sekretariat berkata, ini termasuk mengambil tindakan terhadap mana-mana rakyat Malaysia yang didapati memberikan sokongan material, secara langsung atau tidak langsung kepada pihak yang menuntut atau kepada mana-mana pihak bersekutu dalam timbang tara terhadap Malaysia.

“Kerajaan Malaysia tidak akan teragak-agak untuk membela mana-mana pegawai awam Malaysia yang melaksanakan tugas mereka dengan betul, termasuk peguam negara, dalam hal ini,” katanya dalam kenyataan.

Pada 3 Jun, kerajaan menafikan sepenuhnya dan tanpa had segala dakwaan dalam surat dihantar oleh Paul H Cohen, peguam kepada pihak mendakwa sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II (penuntut kumpulan Sulu), kepada Jabatan Peguam Negara.


Surat bertarikh 28 Mei itu diterima Jabatan Peguam Negara pada hari berikutnya.

Menurut jabatan tersebut, surat itu menuntut kerajaan membuat bayaran segera sebelum 2 Jun 2023 bagi award final yang dikatakan berjumlah AS$16.412 bilion (termasuk 10 peratus faedah) bersama AS$3,502,394.24 bagi bayaran peguam dan ahli pakar serta AS$4,026,592.64 bagi kos timbang tara.

Memandangkan prosiding perundangan masih berjalan, Jabatan Peguam Negara berkata, adalah melampau bagi penuntut membuat tuntutan bayaran bagi award final yang dikatakan itu.

Jelas jabatan itu, semua dakwaan Cohen dalam surat itu sama sekali tidak benar dan jelas mengetepikan fakta sebenar tuntutan (oleh penuntut) yang tidak dapat disangkal lagi akan mewujudkan rekod bertulis bagi perkara yang tidak benar, bertujuan untuk digunakan terhadap Malaysia.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori