Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Agong Zahir Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menzahirkan rasa dukacita terhadap...

Wujudkan Pelan Tangani Virus...

KUALA LUMPUR - Beberapa persatuan penduduk mencadangkan kerajaan mewujudkan pelan dan langkah proaktif...

Model Janji Oral Seks...

PADAN muka. Seorang model Itali yang menjanjikan oral seks kepada lelaki yang mengundi...

Niat Jahat Sebarkan Anak...

SHAH ALAM – Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini menyifatkan penyebaran maklumat kononnya...

Menjelang PRN, BN Terengganu Lancar Gelombang Biru 2.0

KUALA NERUS : Barisan Nasional (BN) negeri akan melancarkan Gelombang Biru 2.0 sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan selewat-lewatnya Ogos depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Said, berkata pelancaran jentera pilihan raya BN atau Gelombang Biru 2.0 peringkat negeri itu akan diadakan selepas semua jentera pilihan raya membuka bilik gerakan.

Katanya, BN negeri sudah diarahkan memulakan gerak kerja dan membuka bilik gerakan termasuk memasang bendera selain mengemas kini senarai pengundi.

“Jentera pilihan raya juga sudah diminta melakukan dan menyemak semula bacaan sikap pengundi.

“Semua cawangan UMNO di seluruh negeri sudah diminta untuk membuka bilik gerakan sebagai persediaan menghadapi PRN yang dijangka diadakan selewat-lewatnya Ogos depan,” katanya kepada media selepas merasmikan pelancaran Jentera PRN15, peringkat Bahagian Kuala Nerus, di sini, semalam.

Yang turut hadir adalah Ketua UMNO bahagian Kuala Nerus, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman; Timbalan UMNO negeri, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku; Setiausaha UMNO negeri, Datuk Rozi Mamat dan Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusoff.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan merasmikan pelancaran gelombang biru 2-0 peringkat negeri sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka akhir bulan ini.


Mengenai peluang BN untuk merampas semula negeri ini daripada terus dikuasai PAS, Ahmad berkata, kajian sikap dilakukan mendapati lebih 20 peratus pengundi muda berusia 18 tahun ke atas akan berpatah balik untuk menyokong UMNO.

Katanya, kajian sikap awal dilakukan mendapati lebih 70 peratus, termasuk ahli UMNO yang mengundi PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU), akan kembali dan mengundi calon BN.

“Sebab itulah, kita minta Pergerakan Wanita UMNO negeri melakukan semula kajian sikap,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, berdasarkan gerak kerja dilakukan, dan sokongan pengundi termasuk orang muda, UMNO yakin mampu memenangi antara 12 dan 15 kerusi DUN selain mengekalkan 10 kerusi yang dikuasai BN.

“Berdasarkan kajian sikap dilakukan dan dengan keizinan Allah, kita tidak menghadapi kekangan untuk merampas semula pentadbiran kerajaan negeri pada PRN nanti.

“Kekangan lain yang perlu kita selesaikan adalah menghapuskan sikap `gunting dalam lipatan’ dan `sekam dalam padi’ dalam kalangan pimpinan parti yang mungkin kurang berpuas hati jika tidak dipilih sebagai calon,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori