Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tentera Gagalkan Cubaan Seludup...

BAU - Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan ketika cuba membawa keluar...

Gagal Hapus Tol, Mungkir...

BONGKAR... Pengakuan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa lebuh raya tanpa tol sebagai sesuatu...

Hishammuddin Punyai Strategi Tangani...

PUTRAJAYA - Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri dengan Tugas-tugas Khas...

“Tak Semua Orang Kenal...

BIARPUN berpengalaman luas dalam bidang seni, namun penyanyi dan pelakon Amy Mastura tetap...

Misi SAR Berbaki Dua Hari Lagi, Tiada Jejak Ditemukan

PUTRAJAYA : Misi mencari dan menyelamat (SAR), Muhammad Hawari Hashim menggunakan dron diperluas sehingga ke Kem Empat iaitu kira-kira 8,000 meter dari aras laut hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, operasi memasuki hari ketiga bermula pukul 9 pagi waktu Nepal itu gagal menemukan sebarang petunjuk.

Ketua Misi Malaysia Everest 2023 (ME2023), Azim Afif Ishak berkata, pihaknya meluaskan radius carian ke Kem Empat selepas tiada sebarang petunjuk ditemukan pada Kem Dua dan Kem Tiga sebelum ini.

“Operasi SAR yang berjalan dua hari sebelum ini membabitkan kawasan Kem Dua dan Tiga berdepan jalan buntu dan tiada sebarang petunjuk ditemukan.

“Pencarian di Kem Empat turut membabitkan kawasan ‘zon maut’ yang sangat berbahaya serta sukar dimasuki pasukan penyelamat,” katanya.


Katanya, pihaknya juga akan meneliti dan menyemak semula gambar dan video yang dirakam di semua kem menggunakan skrin besar bagi mendapat gambaran lebih jelas.

Azim berkata, operasi SAR Muhammad Hawari kini hanya berbaki dua hari selepas pihak berkuasa Nepal memberi lanjutan lima hari bermula Sabtu lalu.

Muhammad Hawari dilaporkan hilang sejak 19 Mei lalu (Jumaat) selepas keluar meninggalkan Kem Empat pada aras ketinggian 8,000 meter dari aras laut.

Sebelum itu pada Khamis (18 Mei) puk 3.30 petang waktu Nepal Muhammad Hawari dilaporkan berjaya menawan puncak Everest.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori