Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Tayangan Percuma Filem Lucah...

BEIJING - Penduduk di Lishui, wilayah Zhejiang mendapat ‘tayangan percuma’ video porno apabila...

Bot Nelayan Vietnam Jadi...

Pelupusan bot itu oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas ia dilucut hak...

Lelaki Singapura Hilang Ketika...

IPOH - Seorang lelaki warga Singapura yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti berkayak...

Eina Azman, Rebecca ‘Berperang’...

KUALA LUMPUR - Kisah perbalahan dua selebriti, Datin Paduka Eina Azman dan Datin...

Muhyiddin Juga Sedia Bekerjasama Semula Dengan Tun M

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau sedia bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad demi matlamat memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ia susulan bekas Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) terlebih dahulu menyatakan kesediaannya bekerjasama semula dengan bekas sekutunya itu.

“Saya menyambut baik kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang bersedia bekerjasama dengan saya. Sebagai seorang Muslim, saya secara peribadi bersedia untuk bekerjasama dengan semua tokoh Melayu dan Islam termasuk Mahathir demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Ahli Parlimen Pagoh itu menegaskan, kesediaannya itu juga didorong dengan perkembangan politik mutakhir ini yang meletakkan umat Melayu dan Islam di negara ini di suatu persimpangan getir.

Terdahulu, media melaporkan Dr Mahathir mengakui beliau bersedia bekerjasama dengan Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.


Dr Mahathir dilaporkan berkata, usaha untuk memperjuangkan nasib orang Melayu perlu dijadikan matlamat utama selain menolak individu yang terpalit dengan isu rasuah atau salah laku jenayah.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan berkata, kesediaan bekas perdana menteri itu membuktikan partinya dan PN kini menjadi alternatif kepada UMNO.

BERSATU katanya, sedia menerima dan bekerjasama dengan mana-mana pemimpin politik termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencari platform perjuangan untuk orang Melayu.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori