Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bekas Peserta ‘The Voice’...

PENYANYI yang juga bekas peserta program The Voice 2014, Christina Grimmie mati ditembak...

Iran Laksana Hukuman Mati...

TEHERAN: Pihak berkuasa Iran melaksanakan hukuman mati ke atas seorang lelaki yang disabitkan...

Amaran Angin Kencang &...

KUALA LUMPUR - Angin kencang, laut bergelora dan ribut petir melanda perairan Pahang,...

Guan Eng Cuba Cabar...

PAKATAN HARAPAN yang diketuai DAP menggariskan 11 strategi awal 'menyamaratakan agama' jika diberi...

Padah Bawa 14 Lembu Korban Tanpa Permit

George Town – Tindakan seorang pemandu lori membawa 14 ekor lembu korban tanpa permit pemindahan akhirnya membawa padah apabila dia ditahan di sebuah lokasi di Nibong Tebal, di sini, berdekatan Lebuh Raya Utara-Selatan, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lelaki berusia 40-an itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang kira-kira pukul 10.40 pagi.

Sumber berkata, 14 ekor lembu itu dipercayai akan dipindahkan ke satu lokasi di luar Pulau Pinang untuk sambutan ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha, esok.

“Hasil siasatan, lelaki terbabit didapati melakukan pemindahan ternakan 14 ekor lembu jantan tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Veterinar Negeri Pulau Pinang.


“Ketika disoal siasat, lelaki itu memberi alasan yang dia terlupa untuk membawa permit tersebut. Bagaimanapun tindakan sita telah diambil mengikut Subseksyen 36(1) Akta Binatang 1953,” katanya kepada Kosmo!, di sini.

Beliau memberitahu, nilai rampasan bagi 14 ekor lembu tersebut adalah RM49,000 manakala lori bernilai RM110,000.

Tambah sumber lagi, sebanyak 30 buah lori muatan lembu korban diperiksa pada hari ini dan semuanya didapati mempunyai dokumen kebenaran yang sah.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori