Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ragut Beg Sandang Wanita,...

PETALING JAYA - Seorang penganggur yang meragut beg seorang eksekutif wanita yang diletakkan...

Hari Ini Bukan Milik...

INCHEON - Atlet lompat bergalah negara Iskandar Alwi gagal membuat lompatan terbaik dan...

Myanmar Buka Semula Pintu...

YANGON - Myanmar membuka semula pintu No 1 bersempadan dengan Bangladesh yang ditutup...

Zaid Bakal Dilantik DAP...

BONGKAR... DAP didakwa merancang 'angkat' Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor baharu...

PAU 2023: ‘UMNO Tercedera, Kesihatannya Merosot’ – Khaled

KUALA LUMPUR – UMNO diibaratkan cedera dan kesihatannya sudah merosot, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Justeru kata beliau, parti yang tercedera tidak boleh diparahkan dengan pecah belah dalam kalangan ahli.

“Walau sepahit mana sekalipun, keadaan UMNO kini sudah tidak seperti dulu.

“UMNO tercedera dan telah merosot kesihatannya. Parti kita ini perlu dirawat dan dipulihkan. Ubat paling mujarab untuk memulihkan UMNO harus bermula dengan kesatuan dan perpaduan semasa kita.

“Parti yang tercedera tidak boleh diparahkan dengan pecah belah,” katanya pada ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, pada Sabtu.


Mohamed Khaled menambah, UMNO tidak harus dibiarkan terus diporak-perandakan dengan perseteruan antara pelbagai kelompok dan puak.

Sehubungan itu beliau mengajak ahli UMNO supaya menjadikan pemulihan dan kebangkitan UMNO sebagai misi utama bersama.

“Marilah kita benar-benar kembali berdamai dan bersatu hati,” katanya lagi.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori