SIBU: Seorang pelajar Tingkatan Dua terselamat daripada maut, selepas apabila hanya cedera selepas terjatuh dari balkoni tingkat dua sebuah sekolah menengah kebangsaan di sini, pagi tadi.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu Hospital Sibu pada jam 7 pagi, yang memaklumkan menerima seorang pesakit kanak-kanak lelaki.
“Siasatan di tempat kejadian oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu mendapati mangsa berumur 14 tahun terjatuh dari balkoni tingkat dua bangunan sekolah.
“Mangsa terjatuh di atas bumbung laluan pejalan kaki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Zulkipli berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Sibu dan keadaannya adalah stabil.
Beliau menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut.
BHonline-