Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Maritim Tahan Kapal Nelayan...

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal nelayan laut...

Graduan Diingat Tidak Leka...

BATU PAHAT - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah mengingatkan para...

Pengantin Akad Nikah Di...

BANDAR SERI JEMPOL - Sepasang pengantin terpaksa dinikahkan di Hospital Jempol di sini,...

Sabah Aktifkan Jawatankuasa Pengurusan...

KOTA KINABALU : Sabah mula mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri bagi berdepan sebarang...

Pencuri Tabung Derma Ditahan Di Perkarangan Masjid

SUNGAI BESAR : Pura-pura menunaikan solat sebelum melarikan wang tabung derma masjid dan surau di sekitar daerah Sabah Bernam di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Demikian helah seorang lelaki berusia 25 tahun yang memasuki rumah Allah untuk mencuri selepas menyamar sebagai jemaah.

Namun, kelicikan suspek berakhir apabila ditahan ketika cuba melakukan perbuatan itu di Masjid Taman Padu Permai di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata pihaknya menjalankan operasi khas iaitu Op Pintu (Tabung Kubah) susulan beberapa kes kecurian wang dalam tabung derma yang berlaku di beberapa masjid dan surau sekitar daerah ini.

Beliau berkata, hasil risikan yang dijalankan membawa kepada kejayaan menahan suspek pada jam 1.53 tengah hari tadi.

“Lelaki itu menggunakan modus operandi dengan berpura-pura menjadi jemaah. Ketika jemaah lain khusyuk menunaikan solat Jumaat, suspek bertindak meninggalkan saf dan mengambil wang yang didermakan dalam sebuah tabung.


“Hasil tindakan pantas, polis berjaya menahan suspek bersama wang RM500 di perkarangan masjid,” katanya di sini, hari ini.

Agus Salim berkata, lelaki berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk tindakan lanjut.

Katanya, siasatan mendapati ini adalah kejadian ketiga dilakukan suspek dengan modus operandi yang sama iaitu mencuri wang tabung masjid.

“Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori