Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Presiden Indonesia Lawat Mangsa...

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo pada Khamis melawat mangsa yang cedera dalam...

Lama Hilang, Shahir ‘Muncul’...

SELEPAS 'hilang' hampir enam bulan, kini wajah tampan penyanyi Shahir Zawawi telah kelihatan...

Cubaan Seludup 1,100 Karton...

PELABUHAN KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Selangor berjaya mematahkan cubaan menyeludup 1,100...

KKM Tampil Akaun Khas...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuka satu akaun khas COVID-19 bagi membolehkan orang...

Penunggang Motosikal Kuasa Tinggi, Peniaga Berbalah

MUAR: Keadaan tegang dan perang mulut antara sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi dan peniaga tular dalam media sosial ekoran meletakkan motosikal di kaki lima kedai sehingga menghalang laluan di Jalan Majidi, di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, pihaknya mengesan tiga video yang dimuat naik oleh seorang individu memaparkan kejadian penunggang motosikal besar membuat provokasi terhadap individu terbabit.

“Kejadian berlaku pukul 10.15 pagi semalam dan Pusat Kawalan Daerah Muar menerima panggilan memaklumkan terdapat pertelingkahan antara sekumpulan penunggang motosikal dan orang awam.

“Sejurus selepas itu sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muar digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pihak polis berjaya meleraikan pertelingkahan itu dan meminta kerjasama penunggang motosikal untuk mengalihkan kenderaan di parkir di kaki lima.


“Polis turut mengeluarkan tiga saman atas kesalahan menghalang laluan kepada pemilik kenderaan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku akibat tindakan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi meletakkan kenderaan di kaki lima kedai terbabit.

“Sentiasalah patuhi undang-undang jalan raya dan meletakkan kenderaan di kawasan yang ditetapkan,” katanya sambil meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi tentang insiden itu.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori