Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kemuliaan Hati Zamani –...

Orang kata... kalau kita memaafkan seseorang yang berbuat salah kepada kita, air muka...

Kes BAFIA: Rafizi Kini...

KUALA LUMPUR - Tindakan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengkritik cadangan pindaan Akta...

Kempen Kibar Bendera Wilayah...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari...

2 Individu Ditahan Kes...

HASIL laporan yang diterima oleh pihak polis, satu serbuan secara besar-besaran telah dilakukan...

Perkhidmatan Kereta Api India Kembali Beroperasi

NEW DELHI : Perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo di India kembali beroperasi semula tiga hari selepas negara itu berdepan bencana terburuk dalam sejarah yang dilaporkan berpunca daripada kegagalan sistem isyarat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kementerian kereta api berkata, perkhidmatan pertama tren kargo yang sarat dengan arang batu bermula 51 jam selepas nahas.

Tidak dapat dipastikan sama ada semua landasan sudah dibaiki sepenuhnya namun perkhidmatan kereta api di kawasan nahas kini hanya menggunakan laluan di satu bahagian sahaja.

Kereta api kargo tersebut melepasi serpihan gerabak yang remuk akibat kemalangan Jumaat lalu berhampiran Balasore di Odisha yang mengorbankan 275 nyawa dan menyebabkan ratusan cedera.


Jaring hijau didirikan di kedua-dua belah landasan, melindungi serpihan gerabak daripada pandangan penumpang yang sedang dalam perjalanan.

Menteri kereta api, Ashwini Vaishnaw turut dilihat melipat tangan berdoa ketika menyaksikan kereta api pertama melintasi lokasi bencana.

Ramai mangsa yang terselamat dalam kejadian Jumaat lalu masih dirawat di hospital kerajaan utama di Balasore namun kebanyakan pesakit yang kritikal dilaporkan sudah dipindahkan ke hospital lebih besar di bandar lain.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori