Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

JBPM Sedia Bantu Agensi...

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menawarkan khidmat mereka dalam...

Bersih 5.0 Boleh Undang...

LANGKAWI - Majlis Profesor Negara (MPN) menyifatkan penganjuran perhimpunan Bersih 5.0 di ibu...

Polis UK Buru Pelajar...

POLIS di West Yorkshire, United Kingdom kini sedang memburu seorang pelajar lelaki berusia...

Sheikh Sniper Bunuh Lebih...

BAGHDAD - Seorang penembak hendap 'legenda' yang berjaya membunuh sekurang-kurangnya 320 militan pengganas...

Perompak Larikan Peti Besi, Barang Kemas Lebih RM200,000

Kuala Pilah : Dua lelaki memecah masuk rumah di Taman Impian Utama, Jalan Melang di sini, semalam dan melarikan peti besi berisi wang tunai RM100,000 dan pelbagai barang kemas selain kenderaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian itu, mangsa didakwa bergelut dengan suspek yang bersenjata, sebelum diugut supaya menyerahkan barangan berharga.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada orang awam kira-kira 11 malam.

“Siasatan awal mendapati suspek warga tempatan memakai penutup muka dan bersenjata tajam.

“Berlaku pergelutan dengan mangsa dan suspek mengugut mangsa menyerah barang berharga. Kedua-dua suspek kemudiannya berjaya melarikan diri dengan hasil rompakan.


“Antara yang dilarikan, sebuah peti besi yang mengandungi wang dianggarkan RM100,000, barang kemas anggaran nilai RM120,000, sebuah kereta jenis Toyota Estima dan wang tunai RM1,000,” katanya.

Menurutnya, polis kini giat memburu suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Alice Kuba di talian 019-5389941 untuk membantu siasatan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori