Thursday, January 9, 2025

Creating liberating content

Video: Abang Harap Kau...

KERINDUAN seorang abang mengenangkan kematian adiknya dengan cara unik, menyentuh perasaan ramai netizen. Pengguna...

Peminjam Diberi 2 Pilihan...

KUALA LUMPUR - Institusi perbankan akan menambah baik Bantuan Bayaran Bersasar kepada peminjam...

Nabil Timang Cahaya Mata...

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada pelawak terkenal Nabil Ahmad dan isteri, Nazirah Ayub yang...

2,207 Rakyat Malaysia Ditahan...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu bahawa 2,207 orang rakyat...

Polis Cari Penunggang Motosikal, Pemandu Volvo Sudah Tampil Lapor Nahas

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Sprint, Petaling Jaya, petang semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Berdasarkan satu rakaman video yang tular hari ini, sebuah kereta jenis Volvo terbabit dalam kemalangan dengan motosikal berkenaan di mana pemandu kereta terbabit dirakam meninggalkan lokasi kejadian, manakala penunggang motosikal terjatuh dan terbaring di atas jalan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata pemandu kereta Volvo itu yang juga seorang warga tempatan telah tampil membuat laporan polis pada jam 12.02 tengah hari tadi.

“Pada masa ini pemandu Volvo sudah diambil keterangan manakala pihak polis masih mengesan penunggang motosikal yang terbabit dalam kejadian sama.

“Penunggang motosikal diminta untuk tampil membuat laporan polis segera untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mohamad Fakhrudin turut meminta orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian untuk tampil ke Balai Polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 0142536820 bagi membantu siasatan.

Pihak polis ingin mengingatkan serta memohon kepada semua pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemandu yang memandu secara berbahaya dan akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melanggar undang-undang.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori