Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

TPM Lancar Gerbang Internet...

KOTA BELUD - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

SPRM Buka Kertas Siasatan...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka satu kertas siasatan...

1MDB Akan Jawab Tony...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata ia akan menjawab anggota Parlimen...

1,000 Cuba Nasib Jadi...

Lebih 1,000 pelajar yang menamatkan sesi persekolahan mencuba nasib dalam ujibakat dan pencarian...

Polis Johor Terima 2 Laporan Terhadap Jocelyn Chia

Johor Bahru: Polis Johor menerima dua laporan berhubung tindakan pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia, yang menghina dan memperlekehkan Malaysia pada rancangan komedinya yang videonya tular sejak minggu lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, yang turut memaklumkan pihaknya komited dalam siasatan kes ini.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai tidak memainkan isu yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam.

“Sehingga kini kita terima dua laporan polis berhubung isu pelawak itu yang menghina dan memperlekeh negara.

“Permohonan INTERPOL telah dibuat pada semalam untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan suspek untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 504/505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan PDRM akan membuat permohonan kepada INTERPOL bagi mendapatkan identiti dan lokasi terkini Jocelyn untuk membantu siasatan berhubung klip videonya yang tular di media sosial.

Sebelum ini, tindakan Jocelyn yang memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komedi bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini, mendapat kecaman hebat daripada pelbagai pihak termasuk Malaysia dan Singapura.

Menerusi klip video yang dimuat naik pada akaun TikTok, Jocelyn turut secara sengaja menghina seorang penonton persembahannya yang mengaku sebagai rakyat Malaysia dengan perkataan kesat.

Susulan itu, TikTok mengeluarkan video tular berkenaan yang turut mengandungi kenyataan menghina Malaysia dan tragedi MH370, kerana mengandungi ucapan berunsur kebencian.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori