Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Polis Siasat Isu Remaja...

IPOH - Polis Perak akan menyiasat dakwaan menyatakan seorang remaja lelaki dipukul sehingga...

Agong Titah Semua Parti...

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan...

Ahmad Faizal Angkat Sumpah...

KUALA KANGSAR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agar semua...

Suri Rumah Tipu Pemilikan...

KUANTAN - Seorang suri rumah Orang Asli dipenjara enam tahun selepas mengaku salah...

PRN: Bersih Seru SPR Segera Buka Permohonan Undi Pos

PETALING JAYA : Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera membuka permohonan undi pos bagi enam negeri yang akan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Jawatankuasa Pemandu Bersih, SPR tidak semestinya perlu menunggu sehingga semua negeri-negeri tersebut membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sebelum membuka permohonan kepada pengundi pos.

Katanya, ia terutama kepada pengundi kategori 1B iaitu warganegara Malaysia yang berada di luar negara seperti pelajar dan mereka yang bekerja serta menetap di luar negara untuk memohon menjadi pengundi pos dalam PRN nanti.

“Mengambil iktibar daripada pilihan raya lalu, jumlah pengundi pos kategori 1B meningkat daripada 7,979 pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ke 48,109 pada PRU15, peningkatan sebanyak 600 peratus.

“Pembukaan permohonan undi pos lebih awal akan memberikan lebih banyak masa kepada pengundi, justeru lebih ramai yang layak akan dapat memohon sebagai pengundi dalam PRN nanti.

“SPR perlu sentiasa ingat bahawa adalah menjadi tanggungjawab perlembagaan untuk memastikan setiap rakyat yang layak mengundi diberikan akses pengundian yang mencukupi dalam pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai warganegara dalam pilihan raya.” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebagai rekod, enam negeri yang bakal menghadapi PRN adalah Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.


Mengulas lanjut, Jawatankuasa Pemandu Bersih berkata, gabungan itu juga mencadangkan supaya pengundi pos kategori 1C iaitu agensi atau organisasi yang dibenarkan SPR diperluaskan kepada para petugas kesihatan dan keselamatan yang bekerja di sektor swasta.

Katanya, ia terutama kakitangan hospital swasta yang bertugas pada hari pengundian.

“Kejadian seperti petugas pilihan raya seperti kerani pengundian dan ketua tempat mengundi tidak menjadi pengundi pos juga tidak seharusnya berulang kembali.

“Pada PRU15, pasukan Pemantau Bersih menerima banyak aduan kerani dan ketua tempat mengundi tidak didaftarkan menjadi pengundi pos.

“Walaupun mereka memohon dan akhirnya mereka dinafikan hak untuk mengundi dalam pilihan raya kerana terpaksa bertugas,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori