Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

11 Anak Anjing Dalam...

SINGAPURA - Sebanyak 11 ekor anak anjing ditemui disembunyikan dalam tangki minyak sebuah...

Mat Yo Gagal Ambil...

Ekoran kegagalan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha gagal menyempurkan sepakan...

BN Menang PRU14 Jika...

PUTRAJAYA - UMNO atau Barisan Nasional (BN) kemungkinan akan meraih kemenangan sekiranya PAS...

Mohamed Hanipa Sedar Dan...

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohamed Hanipa Maidin yang...

Projek LRA Kelantan: Tuan Ibrahim Jawab Nota ‘Kelulusan Dengan Amaran’

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, mengakui pembinaan projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) di Kelantan diteruskan tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, kelulusan diberikan ketika beliau menjadi Menteri Alam Sekitar dan Air itu dibuat selepas mengambil kira status pembinaan LRA berkenaan sebagai projek terdesak demi kepentingan rakyat.

“Kita akui (ia projek terdesak) dan (selepas mendapat kelulusan) mereka telah memulakan proses (pembinaan). Kemudian apabila mula proses tanpa dimaklumkan awal kepada suruhanjaya, maka kita anggap itu satu pelanggaran.

“Jadi saya luluskan program itu kerana projek mendesak keperluan air bagi penduduk dan keutamaan kita adalah rakyat,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Awal bulan ini, tersebar enam keping surat berkaitan pembinaan LRA mini di Ketereh, Meranti Baru dan Teluk Mesira yang dimuat naik Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Kelantan (AMK), Mohd Afiq Asyraf Mohd Nazi menerusi Facebook awal bulan ini.

Dalam hantarannya, Mohd Afiq mempersoal arahan kelulusan dibuat Tuan Ibrahim yang menerajui Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan permohonan kelulusan daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Dalam surat kepada SPAN bertarikh 28 April 2022, kelulusan projek LRA mini dikeluarkan merangkumi kelulusan bersyarat bagi LRA mini Ketereh dan tidak diluluskan bagi projek LRA mini Meranti Baru dan Teluk Mesira.

Dalam salah satu surat berkenaan, turut menarik perhatian apabila ia mempunyai tandatangan Ahmad dan Tuan Ibrahim, berserta tulisan ‘diluluskan dengan amaran’.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata surat pembinaan LRA tertera ‘diluluskan dengan amaran’ itu ditujukan untuk projek terdesak yang berkepentingan rakyat sebagai satu bentuk peringatan kepada syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) yang melanggar peraturan ditetapkan SPAN.

Selain Kelantan, beliau berkata, surat dengan peringatan sama turut dikeluarkan membabitkan projek di negeri lain.


“Itu cerita lama. Mana-mana operator atau syarikat air negeri, mereka ini terikat dengan peraturan diseragamkan SPAN. Mana-mana berlaku pelanggaran, kita akan beri notis peringatan atau amaran.

“Kita juga tahu bahawa projek (yang diberikan kelulusan dengan amaran) kerana ia urgent (terdesak). Contohnya di Kelantan kerana (pembinaan) loji (LRA) sangat perlu dan terdesak bahkan ia perlu disegerakan,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, meskipun ada pelanggaran, pihaknya perlu membuat pertimbangan untuk memulakan projek itu, namun ia mesti mengambil kira faktor tertentu.

Tambahnya, beberapa langkah juga diambil sebelum meluluskan projek itu antaranya menerusi sesi penjelasan dalam taklimat dengan jawatankuasa berkaitan.

“disegerakan. Sebab itu kita kata okay dan luluskan sebab ia membabitkan kepentingan rakyat. Kalau tak, dulu lagi ia berisiko sebab rakyat tengah (berdepan gangguan) air.

“Kita mematuhi peraturan yang ada. Maknanya sebahagian dokumen sekiranya terdesak sekali pun dan memerlukan projek segera (dilaksanakan) maka boleh melalui proses tersebut. Cuma kita beri amaran.

“Lagi pun keputusan itu memang kuasa menteri pun dan waktu itu suruhanjaya pun ada beri pandangan.

“Saya kata okay, tak apalah. Kita perlu beri amaran walaupun kerajaan negeri dan saya menteri dari PAS termasuk yang langgar pun adalah syarikat air dari Kelantan, kita (tetap) beri amaran.

“Ia (kelulusan dengan amaran) bukan (membabitkan) satu negeri kerana sebenarnya, ada beberapa lagi (kelulusan dengan amaran diberikan) di negeri-negeri lain. Ada yang buat pelanggaran dan kita juga beri amaran,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori