Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jenazah Ibu MB Selangor...

KUALA LUMPUR - Jenazah Che Tom Yahaya, 82, ibu kepada Menteri Besar Selangor,...

Polis Masih Giat Kesan...

KUALA LUMPUR - Siasatan dan pencarian alat Radiografi Industri (RDD) mengandungi isotop radioaktif...

Malaysia Tak Perlu Campur...

TAPAH - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa...

Rafizi Nafi Beliau Calon...

SHAH ALAM - Mohd Rafizi Ramli hari ini menafikan beliau adalah calon PKR...

RM9.6j Baik Pulih 39 Klinik Daif Di Kelantan

KOTA BHARU : Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 39 klinik daif di seluruh Kelantan untuk dibaik pulih, dengan peruntukan bernilai RM9.6 juta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata klinik terbabit merangkumi lapan klinik desa, 18 klinik kesihatan dan 13 klinik pergigian.

Beliau berkata, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek baik pulih itu, KKM menubuhkan Pasukan Petugas Khas Projek Pembaikan Klinik dan Fasiliti Daif, yang berperanan untuk memantau pelaksanaan projek di setiap negeri terbabit.

“Menerusi lawatan kerja ke Kelantan tempoh hari, saya berpeluang meninjau sendiri keadaan beberapa buah klinik daif berkenaan.


“Semoga segala perancangan projek berjalan lancar demi keselesaan petugas kesihatan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat Malaysia.

“Doakan semoga segala usaha kami dipermudahkan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori