Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Azmin Diselar Ibarat Belum...

SINIS.. "Belum kahwin tetapi sudah bulan madu,” demikianlah perumpamaan diberikan Ahli Parlimen Kapar,...

Jangan Ada Barung Di...

PONTIAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan parti politik bertanding supaya tidak mendirikan...

RapatkanSaf Satukan Ummah Melalui...

Konsert RapatkanSaf anjuran TV Alhijrah merentas sejarah media penyiaran tanahair apabila disiarkan serentak...

Obama Tipu Seluruh Dunia...

Seorang wartawan yang pernah merangkul anugerah Pulitzer, Seymour Hersh mendakwa pentadbiran Barrack Obama...

Satelit Pertama Buatan Malaysia Dilancar Ke Angkasa

KUALA LUMPUR : ANGKASA-X berjaya melancarkan satelit A-SEANSAT-PG1 (PG1) buatan tempatan yang pertama, seterusnya memacu pembangunan ekosistem teknologi angkasa lepas di Malaysia dan Asia Tenggara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pelancaran itu disiarkan secara langsung di empat lokasi di Malaysia iaitu Universiti Sains Malaysia (USM) di Georgetown; Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan pejabat GreenPro Capital di Kuala Lumpur; dan Sarawak Digital Economy Corporation Bhd (SDEC) di Kuching, Sarawak yang disiarkan dari Vostochny Cosmodrome

Pasukan pelancaran satelit sulung ANGKASA-X diketuai oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Operasinya, Dr William Lim dan Ketua Pegawai Teknologi Kumpulan, Ir Norhizam Hamzah bersama pasukan kejuruteraan ANGKASA-X.

Dengan pelancaran satelit PG1, ANGKASA-X akan memanfaatkan pengetahuan teknologinya untuk menerajui perkhidmatan ‘Satellite-as-a-Service’ (SaaS) yang inovatif, untuk membentuk gugusan satelit ‘Low-Earth-Orbit’ (LEO) di sepanjang garisan khatulistiwa, yang direka di Malaysia oleh jurutera tempatan.

Gugusan satelit LEO akan berhubung dalam mencapai inisiatif berwawasan syarikat dengan menyediakan perkhidmatan pengesan jarak jauh mampu milik dan merevolusikan perkhidmatan kesalinghubungan internet kepada jutaan pengguna di rantau ini, khususnya di kawasan luar bandar di Asia, seterusnya merapatkan jurang digital.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata pelancaran satelit PG1, Penang1 adalah satu peristiwa penting bagi Malaysia dalam mendorong ke arah era baharu kemajuan teknologi dan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam ekosistem teknologi angkasa global.

“Saya berbesar hati untuk menyatakan bahawa Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang mereka cipta, memasang dan melancarkan satelit LEO tempatan yang pertama pada 2009 dengan RazakSAT-1, dan kini PG1 pada 2023,” katanya.

Beliau berkata, pencapaian penting ini bukan sahaja meningkatkan kesalinghubungan data tetapi juga membuka pintu untuk inovasi dan pertumbuhan ekonomi.

“Dengan pelaburan dalam teknologi satelit dan angkasa lepas, kita akan memacu pembangunan tenaga kerja mahir, membuka peluang pekerjaan bernilai tinggi, dan membangunkan penyelesaian teknologi angkasa baharu untuk dipasarkan ke peringkat global.


“Penarikan pelaburan serta bakat domestik dan antarabangsa akan memberi kesan positif kepada ekonomi negara. Pelancaran ini juga akan memupuk dan mendokong sebuah negara yang diperkasakan secara digital dan mengukuhkan status ANGKASA-X sebagai pemain utama dalam industri angkasa lepas.

“Kami menyambut baik usaha ANGKASA-X yang berwawasan dan teruja untuk pelancaran satelit ini ke arah kemajuan Malaysia di masa depan,” katanya.

Satelit terbabit akan menghantar data yang sangat diperlukan oleh kerajaan, agensi keselamatan dan sektor swasta dalam bidang ramalan cuaca, pengesanan pesawat, pemantauan dan keselamatan maritim serta pengimejan masa nyata di lokasi yang terdedah kepada potensi bencana seperti tanah runtuh, penebangan hutan dan lain-lain.

Imej daripada satelit akan memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko dan membantu usaha bantuan bencana untuk menyelamatkan jutaan nyawa dan juga menyediakan ciri geografi khusus yang akan membantu perancang bandar untuk membuat keputusan termaklum bagi pembangunan yang berkesan serta menyeluruh.

Sementara itu, Ketua Pengarah MYSA, Azlikamil Napiah, berkata pelancaran satelit itu sejajar dengan objektif MYSA dan menjadi satu contoh yang baik untuk mencapai matlamat negara dengan kerjasama sektor swasta.

“Oleh itu, kami berbangga menjadi sebahagian daripada usaha sama dengan ANGKASA-X, sebuah syarikat berwawasan yang telah mempamerkan pengetahuan teknikal luas dan berkomitmen terhadap kecemerlangan,” katanya.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif ANGKASA-X, Dr Sean Seah, pula berkata pelancaran satelit syarikat itu menonjolkan bakat luar biasa dan kemahiran kejuruteraan yang cemerlang, diiringi oleh usaha inovasi tanpa lelah untuk memacu ekonomi angkasa ASEAN.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori