Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Starbucks Diarahkan Letak Amaran...

WASPADA... Bimbang risiko kesihatan jutaan pengguna, seorang hakim di Los Angeles, Amerika Syarikat...

Keahlian UMNO Kedah Gugur...

JITRA - Keahlian anggota UMNO Kedah akan digugur serta-merta sekiranya menyertai Parti Pribumi...

Almarhum Sultan Kedah Sangat...

ALOR SETAR - Almarhum Sultan Kedah terkenal dengan sifatnya yang sangat menepati masa...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal...

Selangor Nafi Dakwaan Cubaan Tutup Sekolah Agama Persendirian

Kerajaan negeri Selangor menafikan tuduhan tidak berasas segelintir pihak yang cuba memburukkan usaha pemutihan sekolah agama persendirian dalam matlamat meningkatkan kualiti dan taraf institusi pendidikan itu, di negeri ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, berkata sebaliknya kerajaan negeri mengambil langkah sejak 2019 bagi membangunkan Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) Persendirian Negeri Selangor melibatkan 416 buah sekolah.

Katanya, kerajaan negeri turut berdukacita dengan tuduhan jahat terhadap Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sebagai dalang yang cuba menutup sekolah agama persendirian tersebut.

Sebaliknya, beliau berkata usaha itu dilakukan berasaskan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang gusar dengan peningkatan kejadian malang menimpa sekolah agama itu termasuk tragedi kebakaran yang meragut 23 nyawa dan mencederakan lima murid pada 2018.


Mohd Zawawi berkata kesemua usaha kerajaan negeri telah disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak sebagai cubaan untuk menghentikan usaha dakwah di Selangor, termasuk proses pemutihan sejak 2019 dianggap usaha untuk menutup sekolah agama persendirian.

Menurutnya, usaha murni yang dilakukan kerajaan negeri telah mendapat dokongan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang dianggotai oleh 478 institusi sekolah agama persendirian.

“Usaha kerajaan negeri ini mampu mengangkat martabat sekolah agama persendirian dan diyakini memberi manfaat kepada pelajar dan ibu bapa di Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori