Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

BN Terus Tekad Beri...

JOHOR BAHARU - Usaha pembangkang yang 'menangguk di air keruh' dan mahu membina...

Hebat Anwar Bebas Keluar...

BELUM pun genap setahun dalam penjara, namun memang agak pelik apabila seorang banduan...

266,117 Rakyat Selangor Peroleh...

BANGI – Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri...

Sabotaj Air: 2 Individu...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki termasuk seorang pengarah sebuah syarikat menjadi individu pertama...

Siasatan LHDN Terhadap Hamzah Bersifat Politik – Muhyiddin

GEORGE TOWN : Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan siasatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin bersifat politik.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Muhyiddin, beliau tidak melihat sebab lain siasatan itu dilakukan, sama seperti fokus siasatan terhadap beliau sebelum ini serta siasatan lain terhadap pemimpin-pemimpin parti komponen PN.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkenaan menghentikan siasatan bermotifkan politik tersebut sebaliknya memberi peluang kepada semua individu selaras dengan amalan demokrasi negara.

“Melainkan mereka melakukan sesuatu yang salah, itu perkara lain, terpulang kepada polis untuk melakukan siasatan, bukannya mengambil tindakan semata-mata untuk kepentingan politik mereka,” kataya kepada pemberita selepas majlis Konvensyen dan Pelancaran Jentera PN Pulau Pinang di sini hari ini.


Media sebelum ini melaporkan, kediaman Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut dikatakan telah diserbu LHDN Selasa lalu bagi membantu siasatan kes cukai yang didakwa tidak dilaporkan.

Bagaimanapun, Hamzah yang juga Ketua Pembangkang menafikan kediamannya telah diserbu dan mendakwa ia merupakan fitnah yang ditujukan terhadap beliau menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori