Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Seorang Ibu Tua Di...

AKU berhenti di sebuah stesen minyak Petronas petang tadi. Hujan turun dengan lebat....

Kren ‘Bergayut’ Di Tingkat...

KECOH di media sosial apabila gambar dimuat naik memaparkan sebuah lori kren terbalik...

Nelayan Indonesia Hilang Di...

SABAK BERNAM: Seorang nelayan warga Indonesia dilaporkan hilang selepas terjatuh ke laut di...

MH17: TPM Saksi Raptai...

SEPANG - Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis hadir menyaksikan raptai penuh istiadat...

Sultan Selangor, Permaisuri Berangkat Tunai Haji

SEPANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji bermula hari ini hingga 4 Julai depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Keberangkatan baginda ke Tanah Suci diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin bersama beberapa lagi ahli rombongan.

Antara yang menyertai rombongan menunaikan haji adalah Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir; Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Abdul Karim Maasaeng Al-Makki dan Pengurus TH Travel & Services, Syahrimi Ilias.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan berangkat bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor.

Sebelum berlepas, baginda berkenan menunaikan solat Zohor berjemaah dan menikmati santapan ringan.


Upacara keberangkatan baginda ke Tanah Suci itu disusuli dengan bacaan doa oleh Timbalan Mufti Selangor, Prof Madya Dr. Miszairi Sitiris dan laungan azan oleh Imam Masjid SSAAS.

Pesawat khas yang membawa baginda berdua serta rombongan haji berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada pukul 3 petang.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada baginda berdua.

Semalam, media melaporkan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf yang menjadi kemuncak haji adalah pada 27 Jun ini, sementara Hari Raya Aidiladha akan disambut pada 28 Jun.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori