Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Indonesia Timbang Sekat Perniagaan...

JAKARTA - Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla semalam melahirkan kebimbangan mengenai komen negatif calon...

LZS Buka Permohonan Bantuan...

SHAH ALAM : Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka permohonan fasa kedua Bantuan LZS...

Amanah, DAP Umum Sokong...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP melahirkan pendirian memberi sokongan...

Kerajaan Akan Tanggung Kos...

Operator kem yang menjalankan modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diberi jaminan akan...

Tidak Timbul Isu Kedaulatan Terancam, Kemasukan Pelajar Rohingya Ke IPT – Khaled Nordin

PUTRAJAYA – Tidak timbul isu kedaulatan terancam dalam keputusan sebuah universiti awam menerima kemasukan pelarian Rohingya melanjut pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan di negara ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia sebagai negara bertamadun sentiasa terbuka dalam memberi kemudahan kepada pelarian itu dalam mendapatkan pendidikan di negara ini.

“Tak ada timbul (isu kedaulatan), soalnya, kita sebahagian daripada negara bertamadun adalah juga diharapkan untuk bantu mereka yang menjadi pelarian.

“Kita tahu masa depan dia bergantung sama ada dia boleh dapat ilmu atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Semarak Siswa Madani di sini hari ini.

Beliau berkata demikian, selepas diminta memberi pendapat berhubung kegusaran rakyat tentang kemasukan pelarian Rohingya di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara.

Terdahulu, media melaporkan, Penasihat Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Emeritus Dr. Morshidi Sirat, dilaporkan berkata pelarian Rohingya yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi, akan dapat berbuat demikian tidak lama lagi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Peluang melanjutkan pengajian untuk pelarian itu akan dibiayai menerusi sumbangan Dana Qatar Untuk Pembangunan yang diterima sebelum tahun 2020, berjumlah AS$50 juta (RM231 juta).

Tambah Mohamed Khaled, selain etnik Rohingya, kementeriannya juga turut meminta Qatar supaya membantu pelarian lain termasuk Palestin dan Syria.

Dalam perkembangan lain, berhubung isu pelatih industri perlu diberi elaun yang munasabah beliau berkata, KPT tidak memaksa syarikat memberi layanan atau faedah yang sama rata antara pekerja dan pelatih industri.

“Semua sedar mereka (pelajar) bukan pekerja tetapi pelatih industri maka sudah tentu tidak wajar untuk mereka mendapat gaji atau layanan sama (seperti pekerja tetap),” ujarnya.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan insentif berjumlah RM2,000 kepada 31 pelajar IPT yang berjaya menyumbang pingat pada Sukan SEA ke-32 di Kemboja pada Mei lalu.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori