Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Anggota JIM Ditahan Turut...

KUALA LUMPUR - Seramai 12 ejen pekerja asing yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Gambar Dan Spesifikasi Samsung...

KURANG lagi dua minggu sahaja, Samsung akan memperkenalkan Galaxy S7 dan Galaxy S7...

Penjawat Awam Semakin Memahami...

KUCHING - Penjawat awam dilihat semakin memahami pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) menerusi...

Rempuh Penjara Sebab Nak...

MIAMI - Pihak berkuasa di Florida, Amerika Syarikat menahan seorang lelaki pada Sabtu...

Tiga Angkasawan China Kembali Ke Bumi

BEIJING: Tiga angkasawan China yang bertugas di stesen angkasa negara itu kembali dengan selamat ke bumi, lapor media kerajaan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut agensi berita Xinhua, kapal angkasa Shenzhou-15 mendarat di tapak pendaratan di wilayah Mongolia dan kerajaan memuji misi itu sebagai satu kejayaan besar.

“Tiga angkasawan berkenaan, Fei Junlong, Deng Qingming dan Zhang Lu keluar dari kapsul kapal angkasa dalam keadaan fizikal yang baik.

“Misi itu adalah satu kejayaan yang lengkap,” lapor Xinhua.

Rakaman menunjukkan pegawai perubatan memakai sut putih dan topeng muka menyelimutkan angkasawan berkenaan dan membawa mereka keluar dari tapak pendaratan.


Ketiga-tiga mereka menghabiskan enam bulan di stesen angkasa Tiangong, berjalan di angkasa dan melakukan pelbagai eksperimen saintifik.

China minggu lalu menghantar tiga lagi angkasawan termasuk orang awam pertamanya ke orbit sebagai sebahagian daripada misi baharu Shenzhou-16.

Ekonomi kedua terbesar di dunia itu melaburkan berbilion dolar bagi membangunkan program angkasa lepas kendalian tenteranya dalam usaha mengejar Amerika Syarikat (AS) dan Russia.

Beijing menyasarkan untuk menghantar misi kru ke bulan menjelang 2030 dan merancang membina pangkalan di permukaan bulan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori