Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mahathir Kena ‘Snub’ Lagi...

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang berada di New York, Amerika Syarikat...

Komando Berputih Mata Ditipu...

SEORANG bekas komander tentera berusia 80 tahun menangis tidak berlagu apabila impiannya untuk...

Hina Polis, Pemandu Lori...

PETALING JAYA - Seorang pemandu lori sampah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari...

Mufti Pahang Nasihat Sajat...

KUALA LUMPUR - "(Nur) Sajat, berhentilah membinasakan diri kamu. Kalau di dunia ini...

Tiga Hari Berbaki, SAR Hawari Masih Buntu

PUTRAJAYA – Hari pertama operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim menggunakan dron semalam, gagal menemui apa-apa petunjuk.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak berkata, operasi semalam mencakupi radius carian di Kem Dua sehingga Kem Tiga sebelum ditangguhkan pada lewat petang selepas tiga pusingan dron.

Beliau berkata, operasi SAR yang memasuki hari ke dua hari ini, disertai seorang jurukamera berpengalaman dari Nepal dan dua malim gunung.

“Manakala, seorang pendaki ME2023, Tiong Ling Yang dan pengurus pasukan, Ayu Wanirah Naharuddin ditempatkan di Gorakshep (5,164 meter dari aras laut).

“Operasi SAR masuk hari ke dua hari ini dan kami masih belum menemui sebarang petunjuk dan jejak Muhammad Hawari,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, ketika ini, hanya mereka berempat berada di Kem Dua selepas pihak berkuasa Nepal menutup aktiviti pendakian pada Isnin lalu.


Azim berkata, hari ini, mereka juga sudah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa udara Nepal untuk menerbangkan dron sehingga 8,600 meter dari aras laut.

Menurutnya, pihaknya berjaya menerbangkan sehingga 6,500 meter dari aras laut setakat ini.

“Misi pencarian semakin singkat dan hanya berbaki berbaki 72 jam dan Muhammad Hawari belum ditemui sejak hilang 17 hari lalu,” katanya.

Muhammad Hawari dilaporkan hilang sejak 19 Mei lalu (Jumaat) selepas keluar meninggalkan Kem Empat pada aras ketinggian 8,000 meter dari aras laut.

Sebelum itu pada Khamis (18 Mei) jam 3.30 petang waktu Nepal Muhammad Hawari dilaporkan berjaya menawan puncak Everest.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori