Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

24 Pelajar Ditahan Kerana...

KUANTAN - Polis menahan 24 pelajar lelaki berusia lingkungan 13 hingga 17 tahun...

Israel Balas Dendam Sekat...

TEL AVIV - Israel bertindak dramatik membalas dendam dengan membatalkan sumbangan dana bernilai...

PM Pengerusikan Mesyuarat Majlis...

PUTRAJAYA — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis...

Durian Hijau Beserah Mungkin...

KUANTAN - Durian Hijau Beserah, yang terkenal dengan isi kuning kemerahan yang enak...

Tiga Lelaki Pukau Suri Rumah Direman

Kangar : Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia yang ditahan semalam kerana disyaki menipu barang kemas bernilai RM19,000 dipercayai dengan memukau seorang suri rumah di Pasar Besar Perlis di Sena, di sini direman sehingga 7 Jun hadapan.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Perintah reman selama empat hari bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali selepas ketiga-tiga suspek yang berusia 52 hingga 65 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar hari ini untuk mendapat perintah reman.
Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan penahanan bagi siasatan terhadap suspek berkenaan.
Semalam, dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa berusia 51 tahun itu dipercayai dipukau selepas didatangi oleh dua lelaki yang tidak dikenali menawarkan pemeriksaan perubatan.
Mangsa kerugian RM19,000 selepas menyerahkan dua utas gelang emas dan cincin serta sepasang subang emas kepada suspek dalam insiden itu.
-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori