Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Wanita Temui Telur Ayam...

MELBOURNE, Australia – Seorang wanita dari negeri Victoria, Australia menemui sebiji telur yang...

Agensi Penarafan Tak Beri...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) adalah antara bank pusat pertama yang...

Tindakan Tentera Myanmar Diisytihar...

OTTAWA - Penggubal undang-undang di Kanada semalam, sebulat suara mengisytiharkan tindakan tentera Myanmar...

Pemandu Treler Terbabit Kemalangan...

SUNGAI SIPUT - Pemandu treler yang terbabit kemalangan sehingga meragut nyawa empat sekeluarga,...

Video Wanita Tular Kasari Bayi Di Pusat Jagaan Telah Didakwa

PETALING JAYA : Video yang tular di media sosial berhubung bayi dikasari wanita di premis jagaan kanak-kanak sejak semalam disahkan berlaku di pusat jagaan di Taman Samudera, Batu Caves.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, pengasuh itu sudah didakwa di mahkamah, Selasa lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, video berdurasi seminit 32 saat itu dikesan pihaknya pada 3 petang, semalam dan siasatan mendapati kejadian berlaku pada 21 Mei lalu.

“Satu laporan polis dibuat oleh ibu bayi terbabit pada 21 Mei lalu selepas mendapati terdapat beberapa kesan lebam pada peha dan pipi anaknya.

“Pihak polis sudah menahan wanita berusia 23 tahun yang juga pengasuh di pusat jagaan itu dan pada 30 Mei lalu, dia dituduh di mahkamah Selayang,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Noor Arifin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak–Kanak 2001; Seksyen 6(2) Akta Taman Asuhan Kanak–Kanak 1984 dan Undang-Undang 3 dan Undang-Undang Kecil Tred Perlesenan, Perniagaan dan Industri (Majlis Perbandaran Selayang) 2007 kerana menjalankan operasi pusat jagaan tanpa lesen sah.

“Bagi pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak–Kanak 2001, suspek mengaku salah dan dijatuhkan hukuman denda RM10,000 dan bon kelakuan baik selama tiga tahun serta dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat,” katanya.

Menurutnya, bagi pertuduhan mengikut Undang Undang Kecil Tred Pelesenan, Perniagaan dan Industri (Majlis Perbandaran Selayang) 2007 pula suspek dihukum denda RM1,000.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 6(2) Akta Taman Asuhan Kanak–Kanak 1984 dan sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Ogos.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori