PETALING JAYA: Dakwaan seorang menteri menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa bagi mendesak Imigresen membebaskan seorang pelawat dari China viral di media sosial.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Ia didakwa berlaku petang semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila menteri berkenaan masuk ke kawasan ketibaan itu tanpa memohon pas.
Difahamkan ia bertujuan untuk ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang dikatakan dinafikan daripada memasuki negara ini setelah tiba semalam.
Wanita warga China yang didakwa ditahan daripada memasuki Malaysia oleh Imigresen.
Memetik laporan BebasNews, apabila mendapat tahu mengenai tahanan itu menteri berkenaan telah ke KLIA dan memasuki ke dalam dewan ketibaan tanpa memohon pas keselamatan.
Satu sumber berkata, apabila dihalang, dia menggunakan kuasa menterinya termasuk memarahi Polis Bantuan KLIA dan pegawai imigresen kerana mahu menyelamatkan wanita warga China berkenaan.
Difahamkan ini adalah kali ketiga menteri berkenaan melakukan tindakan seperti itu terhadap penumpang yang ditahan daripada memasuki negara ini.
Pihak Utusan Malaysia sedang berusaha menghubungi Jabatan Imigresen untuk mengesahkan kejadian ini.
Salain itu beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikatakan akan membuat laporan polis untuk menyiasat dakwaan ini supaya imej menteri berkanaan dapat dibersihkan andainya dakwaan itu tidak berasas.
UtusanOnline-