Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Polis Tahan Pekerja Ladang...

BELURAN - Polis hari ini menahan seorang lelaki warga Indonesia yang diburu selepas...

Perkhidmatan Teksi Helikopter Dilancar

LANGKAWI - Pernahkah anda terfikir dengan hanya beberapa gerakan jari pada skrin telefon...

8,000 Pakar Perubatan Keluarga...

KOTA KINABALU: Kira-kira 8,000 pakar perubatan keluarga diperlukan di klinik-klinik Kementerian Kesihatan (KKM)...

Iceland Nak Haramkan Piza...

PENDUDUK negara Iceland mungkin bakal kehilangan satu nikmat makanan dunia apabila presiden mereka,...

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

SHAH ALAM – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan kesediaan untuk menggalas jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Negara sekiranya dilantik.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut bekas Ahli Parlimen Santubong itu, beliau menzahirkan impian untuk melaksanakan transformasi di peringkat Parlimen sekiranya dilantik.

“Perkara tersebut buat masa ini belum lagi direalisasikan, maka ia sudah pasti menjadi tanggungjawab kepada saya jika memikul tanggungjawab tersebut.

“Saya turut berharap agar kerajaan dapat membantu dalam usaha ini yang merangkumi memperkemas kini peraturan, menggubal undang-undang yang berkaitan dengan Parlimen,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Wan Junaidi juga menambah, beliau telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pencalonan berkenaan.


Namun ujarnya, pelantikan tersebut perlu diiringi dengan penyertaan sebagai ahli Dewan Negara kerana beliau masih belum berbuat demikian.

Baru-baru ini, menerusi satu sumber, nama Wan Junaidi dipersetujui untuk dicalonkan kerana dia memiliki kepakaran dalam bidang undang-undang, selain pengalamannya selama ini.

Beliau yang kini berusia 78 tahun tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas menjadi ahli Parlimen selama tujuh penggal iaitu sejak 1990.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori